Alhaadi Ismail, and Rozita Che Rodi, and Vijayaletchumy Subramaniam, and Zuraini Jusoh, (2024) Interpretasi falsafah dan hati budi Melayu dalam peribahasa Melayu Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 49 (2). pp. 69-77. ISSN 2600-8823
|
PDF
201kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend
Abstract
Pemahaman terhadap peribahasa Melayu terutamanya kata-kata hikmat adalah semakin kurang dalam kalangan pelajar di Sekolah Rendah. Isu ini akan memberi kesan kepada penghayatan dan penguasaan kandungan kurikulum yang berkesan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ini. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk: a) mengenal pasti kata-kata hikmat berunsur alam yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK), dan b) menginterpretasi kata-kata hikmat yang berunsur alam yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dengan kaedah analisis kandungan yang melibatkan buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK. Ringkasnya, terdapat dua kata-kata hikmat dengan unsur alam iaitu ‘masa itu emas’ dan ‘membaca jambatan ilmu’. Kedua-dua kata-kata hikmat ini mempunyai semantik yang berbeza namun kaya dengan pedoman hidup. Ringkasnya, dapatan kajian ini memberi penjelasan yang mendalam terhadap peribahasa Melayu yang dapat digunakan dalam memperkasa pemahaman dan penghayatan nilai peribahasa Melayu dengan lebih berkesan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peribahasa Melayu; Falsafah Melayu; Hati Budi Melayu; Bahasa Melayu; Kata-kata Hikmat |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 24825 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 06 Feb 2025 07:20 |
Last Modified: | 07 Feb 2025 08:12 |
Repository Staff Only: item control page