Kesan sitotoksik dan aktiviti anti-mrsa ekstrak metanol phyllanthus gracilipes dan phyllanthus columnaris

Fazari .G.M, and Azilawaty .A, and Nazlina .I, and Yaacob .W.A, (2011) Kesan sitotoksik dan aktiviti anti-mrsa ekstrak metanol phyllanthus gracilipes dan phyllanthus columnaris. Sains Malaysiana, 40 (5). pp. 457-466. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
258kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk menguji kesan sitotoksik dan aktiviti antibakteria ekstrak metanol dari bahagian berbeza tumbuhan Phyllanthus gracilipes dan P. columnaris. Pengekstrakan dilakukan pada suhu bilik dan menggunakan alat-radas Soxhlet untuk menghasilkan 22 ekstrak. Ujian fitokimia ke atas ekstrak Soxhlet menunjukkan kehadiran saponin dalam semua ekstrak manakala steroid terdapat dalam ekstrak semua bahagian P. gracilipes dan 3 daripada ekstrak P. columnaris. Ujian sitotoksik ke atas kultur sel Vero menunjukkan hanya empat ekstrak yang sitotoksik dengan nilai LC50 di bawah 20 μg/mL iaitu ekstrak suhu bilik kulit-batang P. gracilipes, ekstrak Soxhlet kayu-batang dan daun P. gracilipes serta ekstrak suhu bilik kayu-akar P. columnaris. Ekstrak suhu bilik dan Soxhlet kayu-batang P. gracilipes serta semua ekstrak suhu bilik P. columnaris merencat pertumbuhan 13 pencilan Staphylococcus aureus Rintang-Metisillin (MRSA) yang diuji.

Item Type:Article
Keywords:Aktiviti antibakteria; kesitotoksikan; Phyllanthus columnaris; Phyllanthus gracilipes; sel Vero
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2484
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 01:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page