Kesan suplimentasi tokotrienol dan tokoferol ke atas perubahan status oksidatif hepar dan aktiviti enzim antioksidan tikus aruhan stres

Nur Azlina Mohd. Fahami, and Muharani Tajudin, (2011) Kesan suplimentasi tokotrienol dan tokoferol ke atas perubahan status oksidatif hepar dan aktiviti enzim antioksidan tikus aruhan stres. Sains Malaysiana, 40 (5). pp. 481-487. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan suplimentasi tokotrienol (TT) dan tokoferol (TF) ke atas status oksidatif dan aktiviti enzim antioksidan pada hepar tikus dalam keadaan stres. Sebanyak 24 ekor tikus Sprague-Dawley jantan telah dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan. Dua kumpulan kawalan, kumpulan stres (CS) dan kumpulan tanpa stres (C) serta dua kumpulan rawatan yang diberikan tokotrienol (TTS) atau tokoferol (TFS) secara oral paksaan pada dos 60 mg/kg berat badan selama 28 hari dan didedahkan kepada stres. Setelah tamat tempoh rawatan, tikus-tikus daripada kumpulan CS, TTS dan TFS telah didedahkan kepada stres restain selama dua jam sehari untuk empat hari berturut-turut. Kemudian, darah tikus diambil untuk menentukan aktiviti enzim antioksidan iaitu superoksid dismutas (SOD) dan glutation peroksidase (GPx) manakala hepar diambil untuk menentukan kandungan malondialdehid (MDA) dan tahap glutation. Hasil kajian mendapati kandungan MDA meningkat dan glutation menurun secara signifikan pada tisu hepar pada kumpulan CS setelah diaruh stres, berbanding kumpulan tanpa stres. Walau bagaimanapun, tikus yang diberi suplimentasi tokotrienol dan tokoferol menunjukkan penurunan signifikan kandungan MDA dan peningkatan glutation berbanding kumpulan kawalan. Keputusan kajian ini mencadangkan bahawa tokotrienol dan tokoferol mampu menghalang tekanan oksidatif pada hepar akibat stres. Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam aktiviti GPx plasma tikus pada kumpulan CS. Kumpulan tikus yang disuplimentasikan dengan tokotrienol menunjukkan penurunan yang signifikan dalam aktiviti GPx berbanding kumpulan CS. Sebagai kesimpulan, tokotrienol dan tokoferol berkesan dalam mengurangkan status oksidatif pada hepar tikus dan ini dapat diperhatikan dengan peningkatan glutation hepar dan penurunan aktiviti GPx plasma tikus yang teraruh stres.

Item Type:Article
Keywords:Stres oksidatif; stres restrain; tokeferol; tokotrienol; hepar
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2487
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 02:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page