Perihalan lengkap morfologi luaran Cosmodela aurulenta (Fabricius, 1801) berserta perihalan genitalia jantan dan betinanya

Amanina Abu Bakar, and Izfa Riza Hazmi, (2024) Perihalan lengkap morfologi luaran Cosmodela aurulenta (Fabricius, 1801) berserta perihalan genitalia jantan dan betinanya. Serangga, 29 (3). pp. 193-202. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
774kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/serangga/issue/archive

Abstract

Cosmodela aurulenta tersebar luas di seluruh wilayah Indo-Malaya. Kajian ini bertujuan untuk membuat perihalan morfologi luaran spesies Kumbang Harimau C. aurulenta dan pencirian genitalia jantan dan betina bagi spesies ini. Sehingga kini, tiada perihalan lengkap telah dibuat bagi spesies kumbang C. aurulenta di Malaysia. Sebanyak 120 spesimen dari seluruh Malaysia telah diperiksa. Spesimen yang diperiksa merupakan koleksi C. aurulenta yang terdapat di repositori Pusat Sistematik Serangga, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pemerhatian dan pengukuran ciri morfologi dan pengekstrakan genitalia jantan dan betina dari abdomen kumbang dewasa telah dijalankan. Genitalia jantan dan betina C. aurulenta juga diilustrasi di dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Taksonomi; Malaysia; Genitalia; Cosmodela aurulenta; Morfometrik
Journal:Serangga
ID Code:24887
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:25 Feb 2025 03:01
Last Modified:28 Feb 2025 09:02

Repository Staff Only: item control page