Analisis isotop stabil dalam penyelidikan arkeologi di Malaysia: prinsip dan aplikasi

Shaiful Shahidan, and Goh, Hsiao Mei and Mokhtar Saidin, (2024) Analisis isotop stabil dalam penyelidikan arkeologi di Malaysia: prinsip dan aplikasi. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (2). pp. 53-65. ISSN 2590-4310

[img] PDF
528kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Analisis isotop stabil merupakan kaedah yang signifikan dalam arkeologi, yang dapat membantu dalam penilaian mengenai diet, migrasi dan adaptasi manusia pada masa lalu. Makalah ini membincangkan prinsip serta aplikasi analisis isotop stabil, dengan penekanan terhadap potensinya dalam kajian arkeologi di Malaysia. Beberapa konsep penting seperti nisbah isotop, fraksionasi dan penggunaan piawaian antarabangsa diperjelaskan. Aplikasi isotop karbon, nitrogen, oksigen, dan strontium dihuraikan secara terperinci: isotop karbon membezakan antara pengambilan tumbuhan C3 dan C4, isotop nitrogen menentukan aras trofik serta keseimbangan antara sumber makanan marin dan darat, isotop oksigen menelusuri corak migrasi dan sumber air, manakala isotop strontium mendedahkan asal usul geologi dan corak mobiliti. Potensi penggunaan kaedah ini dalam penyelidikan arkeologi di Malaysia turut diterokai, termasuklah penilaian terhadap kajian terdahulu dan cadangan hala tuju penyelidikan masa hadapan. Dengan menggabungkan analisis isotop stabil, pemahaman yang lebih komprehensif mengenai diet, biologi dan penyesuaian manusia masa lampau di Malaysia dapat dicapai, seterusnya melengkapkan data arkeologi yang konvensional. Cadangan turut dikemukakan untuk membangunkan pangkalan data isotop serantau dan memperluaskan aplikasi teknik isotop pada tinggalan arkeologi dari Semenanjung Malaysia bagi memudahkan kajian perbandingan serta membuka ruang bagi penemuan baharu mengenai cara hidup masyarakat terdahulu di rantau ini.

Item Type:Article
Keywords:Isotop stabil; Arkeologi; Malaysia
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:24899
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 Mar 2025 03:30
Last Modified:04 Mar 2025 03:26

Repository Staff Only: item control page