Hamisatun Adilah Mohamed Abd Aziz, and Zuliskandar Ramli, (2024) Arkeologi Gua Kemiri: analisis tembikar tanah dan perkaitannya dengan jumpaan di tapak prasejarah lain di Lembah Nenggiri. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (2). pp. 83-108. ISSN 2590-4310
![]() |
PDF
1MB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Penemuan tembikar prasejarah di Malaysia memberikan gambaran penting tentang kehidupan dan budaya masyarakat zaman tersebut. Penyelidikan terdahulu di Lembah Nenggiri lebih memberi tumpuan kepada analisis tipologi dan morfologi tembikar, namun kajian perbandingan antara tembikar yang ditemui di Gua Kemiri dan tapak-tapak lain seperti Gua Cha, Gua Peraling, dan Gua Jaya masih terhad. Perbandingan ini penting untuk memahami hubungan antara tapak arkeologi di sekitar Gua Kemiri. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat perkaitan antara Gua Kemiri dan tapak sekitarnya, serta perbandingan tembikar yang ditemui di gua-gua tersebut. Penemuan terbaru di Gua Kemiri menunjukkan bahawa tembikar bukan hanya digunakan secara meluas dalam kalangan komuniti prasejarah, tetapi juga mencadangkan hubungan perdagangan dengan komuniti luar. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan dan kesinambungan dalam teknik pembuatan, bentuk, serta fungsi sosial tembikar di pelbagai tapak arkeologi di Hulu Kelantan. Kajian ini juga turut melibatkan kimia seperti teknik X-Ray diffraction (XRD) dan X-Ray fluorescence (XRF) beberapa tapak prasejarah di Lembah Nenggiri ini untuk mengenal pasti komposisi mineral tembikar dan menilai teknik pembuatan serta hubungan perdagangan dan pengaruh budaya luar. Artifak tembikar yang ditemui di Gua Kemiri terdiri daripada 419 serpihan tembikar dan sebuah bekas tembikar lengkap dengan penutup. Corak hiasan yang paling banyak ditemui adalah cord-marked (264 serpihan), diikuti dengan corak plain (123 serpihan), manakala corak abstrak dan geometri ditemui dalam jumlah kecil. Kajian ini memberi perspektif tentang kehidupan harian, identiti budaya, dan interaksi sosial masyarakat prasejarah, serta memperkayakan pemahaman mengenai hubungan antara komuniti dan pengaruh budaya luar. Penemuan tembikar di Gua Kemiri memberikan sumbangan penting dalam memahami perkembangan teknologi, budaya, dan struktur sosial masyarakat prasejarah di Hulu Kelantan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tembikar prasejarah; Perbandingan tembikar; Teknik pembuatan tembikar; Corak hiasan; Hubungan perdagangan; Kebudayaan prasejarah |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 24901 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 03 Mar 2025 03:30 |
Last Modified: | 04 Mar 2025 03:29 |
Repository Staff Only: item control page