Anis Syuhada Amran, and Norasmahani Hussain, (2024) Kegiatan kongsi gelap Cina di Kulim dan kesannya terhadap ekonomi Kedah, 1888-1890. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (2). pp. 109-125. ISSN 2590-4310
![]() |
PDF
688kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Artikel ini membincangkan kegiatan kongsi gelap Cina di Kulim yang memberi kesan negatif terhadap ekonomi Kedah antara tahun 1888 hingga 1890. Kajian lepas mengenai kegiatan kongsi gelap di Kedah lebih menumpukan perbincangan kepada kegiatan jenayah sosial seperti merompak dan menyamun sahaja. Manakala kajian-kajian yang memfokuskan perbincangan mengenai kegiatan jenayah sosial di Kedah pula tidak memberi penumpuan secara khusus kepada kongsi gelap Cina kerana perbincangan yang dibuat adalah merangkumi masalah jenayah sosial yang juga turut dilakukan oleh orang Melayu. Oleh sebab itu, penulisan tentang aktiviti ekonomi dan kegiatan jenayah oleh kumpulan kongsi gelap Cina masih kurang diberi perhatian dan dibincangkan secara mendalam. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitiatif yang telah menganalisis sumber primer dan sumber sekunder yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, Arkib Negara Malaysia cawangan Kedah/Perlis, Perpustakaan Negara dan Koleksi Malaysiana serta Koleksi Arkib Perpustakaan Hamzah Sendut 1 Universiti Sains Malaysia. Hasil kajian mendapati, selain jenayah sosial seperti merompak dan menyamun, kumpulan kongsi gelap Cina di Kulim turut menjalankan kegiatan ekonomi seperti penjualan candu dan bijih timah secara haram dan juga pengoperasian pusat perjudian secara haram. Perkara ini memburukkan lagi ekonomi Kedah yang telah sedia buruk ekoran beban hutang negeri Kedah yang semakin meningkat. Bagi mengelakkan situasi ekonomi Kedah semakin memburuk, Sultan Abdul Hamid dan pihak berkuasa di Kulim telah mengambil langkah untuk mengawal kegiatan kongsi gelap Cina dengan lebih ketat di samping meningkatkan kawalan keselamatan. Malah hukuman yang berat juga dikenakan kepada pesalah-pesalah yang merupakan ahli kongsi gelap yang telah dibuktikan kesalahan mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kongsi gelap Cina; Kulim; Ekonomi Kedah; Kegiatan ekonomi; Kegiatan jenayah |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 24902 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 03 Mar 2025 03:29 |
Last Modified: | 03 Mar 2025 03:29 |
Repository Staff Only: item control page