Kerelevanan strategi pemasaran politik parti berdasarkan calon, parti, isu dan manifesto dalam Pilihan Raya Negeri 2023

Nurhidayu Rosli, and Anis Nadiah Che Abdul Rahman, (2024) Kerelevanan strategi pemasaran politik parti berdasarkan calon, parti, isu dan manifesto dalam Pilihan Raya Negeri 2023. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (2). pp. 175-186. ISSN 2590-4310

[img] PDF
353kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Dalam sesebuah negara yang mengguna pakai sistem demokrasi, pemilihan seseorang pemimpin atau wakil rakyat akan dijalankan melalui sistem pilihan raya. Oleh itu, pilihan raya merupakan satu-satunya kegiatan politik yang melibatkan orang ramai. Walaupun proses pengundian merupakan aktiviti yang mudah dan mengambil masa yang singkat, tetapi proses ke arah membuat keputusan semasa mengundi itu mungkin lebih kompleks, mengambil masa yang panjang dan menimbulkan beberapa persoalan. Parti manakah yang patut diundi? Adakah pengundi membuat pilihan berdasarkan pertimbangan dari segi calon, parti, isu atau manifesto? Berdasarkan persoalan tersebut, objektif kajian digariskan untuk menerangkan latar belakang strategi pemasaran politik parti dalam pilihan raya bagi memanipulasi sikap pengundi dalam proses pengundian; mengukur sejauh manakah kerelevanan calon, parti, isu serta manifesto dalam pilihan raya bagi memanipulasi sikap pengundi dalam proses pengundian dan; membentuk strategi pemasaran politik yang berkesan bagi setiap parti politik untuk memenangi pilihan raya. Kajian ini menggunakan kaedah berbantukan linguistik korpus dalam meneliti kata kunci manifesto kempen parti politik dan menggabungkan analisis bahasa serta analisis kandungan manifesto, isu melalui media cetak serta media sosial serta video ucapan calon dan parti dalam kempen yang dilakukan dalam kerangka Teori Pemasaran Politik. Hasil kajian memaparkan sejauh manakah kerelevanan elemen calon, parti, isu serta manifesto yang mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihan raya negeri yang diadakan selaku strategi pemasaran politik setiap parti.

Item Type:Article
Keywords:Demokrasi; Manifesto; Pemasaran politik; Pilihan raya negeri; Parti politik
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:24906
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:03 Mar 2025 03:29
Last Modified:03 Mar 2025 03:29

Repository Staff Only: item control page