Kebimbangan moral terhadap aplikasi nyamuk Aedes diubah suai genetik dari perspektif etika

Noor Sharizad Rusly, and Nur Asmadayana Hasim, and Latifah Amin, and Ahmad Firdhaus Arham, (2024) Kebimbangan moral terhadap aplikasi nyamuk Aedes diubah suai genetik dari perspektif etika. Jurnal Hadhari, 16 (2). pp. 167-183. ISSN 1985-6830

[img] PDF
498kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1786

Abstract

Denggi adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes dan tiada rawatan khusus yang tersedia. Pencegahan dan pengawalan adalah langkah terbaik untuk mengatasi wabak ini. Salah satu kaedah pencegahan ialah dengan pelepasan nyamuk Aedes yang telah diubahsuai secara genetik (GM), yang dianggap sebagai pendekatan “self-limiting”. Teknik ini melibatkan pengubahsuaian genetik nyamuk jantan agar generasi seterusnya mati sebelum mencapai kematangan. Namun, penggunaan teknik ini menimbulkan pelbagai kebimbangan moral, termasuk isu-isu etika yang berhubungan dengan prinsip alam sekitar. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada 415 responden yang distratakan secara rawak mengikut daerah di kawasan Lembah Klang. Secara keseluruhan penerimaan penduduk Lembah Klang terhadap faktor kebimbangan moral ialah pada tahap sederhana iaitu min skor 3.94. Kajian ini juga mengupas kebimbangan moral terhadap aplikasi nyamuk Aedes GM dari perspektif etika, yang menekankan prinsip kesejahteraan, autonomi dan keadilan. Hasil kajian ini menekankan keperluan untuk menekankan prinsip-prinsip etika dan memberikan perhatian kepada kebimbangan moral dalam penggunaan teknologi nyamuk GM di Malaysia sekiranya kerajaan ingin memulakan semula pelepasan nyamuk GM di masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Denggi; Aedes; Kebimbangan moral; Etika; Nyamuk GM
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:24909
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:05 Mar 2025 01:52
Last Modified:05 Mar 2025 01:52

Repository Staff Only: item control page