Umar Abd Rashid, and Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi, (2024) Metodologi penyusunan hadis oleh al-Ghazālī dalam Minhāj Al-‘Ābidīn: analisis bab ilmu. Jurnal Hadhari, 16 (2). pp. 196-213. ISSN 1985-6830
![]() |
PDF
804kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1786
Abstract
Al-Ghazālī merupakan antara cendekiawan Islam tersohor yang banyak menghasilkan karya-karya berkualiti di Nusantara khususnya Malaysia. Antara karya beliau adalah Minhāj al-‘Ābidīn yang sentiasa digunakan sebagai silibus pengajaran di surau-surau dan masjid. Namun begitu, kritikan terhadap kaedah beliau memasukkan hadis dalam karyanya ini telah menimbulkan persoalan mengenai apakah metodologi al- Ghazālī dalam penyusunan hadis. Kajian ini membawa perspektif berbeza dengan memfokuskan bukan sahaja kepada analisis hadis bahkan terhadap analisis perawi agar dapatan rintis dapat diperolehi dan menghasilkan kajian yang transparan. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan kualitatif berdasarkan analisis dokumen sebagai pengumpulan data dan analisis kandungan sebagai metode analisis data. Kajian ini mendapati sebanyak sembilan hadis telah dikeluarkan oleh al-Ghazālī dalam bab ilmu, lapan daripadanya dijumpai dalam kitab hadis manakala satu hadis tidak dijumpai sumbernya. Kajian juga membahaskan sejumlah 52 perawi daripada hadis tersebut dan melakukan analisis terhadap status mereka. Justeru itu, kajian mencadangkan sebuah kajian lanjutan dalam bab-bab lain kitab Minhāj al-‘Ābidīn ini dijalankan agar dapatan kajian yang diperolehi lebih sempurna dan kukuh.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | al-Ghazālī; Minhāj al-‘Ābidīn; Hadis; Perawi; Metodologi penyusunan hadis |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 24911 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 05 Mar 2025 02:04 |
Last Modified: | 05 Mar 2025 06:00 |
Repository Staff Only: item control page