Nordin Jamaludin, and Othman Inayatullah, and Mohd. Jailani Mohd. Nor, and Fauziah Mat, (2011) Hubungan kelikatan minyak enjin terhadap usia guna serta suhu. Sains Malaysiana, 40 (5). pp. 509-513. ISSN 0126-6039
|
PDF
802kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Kelikatan minyak enjin bergred tunggal mengalami perubahan apabila berlakunya perubahan pada suhu dan tekanan. Namun begitu, secara realiti kelikatan minyak enjin juga mengalami perubahan terhadap usia guna. Oleh itu, kajian ini memperkenalkan satu hubungan kelikatan minyak enjin terhadap perubahan suhu serta usia guna. Hubungan ini berasaskan kepada persamaan matematik empirik yang melibatkan teori pelincir Newtonan dan bukan Newtonan. Hubungan yang baru ini dikenali sebagai model kelikatan matematik (ηmath). Dalam model ini, kelikatan minyak enjin dipengaruh oleh dua faktor iaitu faktor suhu (ks) dan faktor masa (km). Nilai kedua-dua faktor ini bergantung kepada formula bahan tambah minyak enjin tersebut. Analisis reologi meter likat telah digunakan untuk mendapatkan nilai kedua-dua faktor ini. Hasil kajian menunjukkan kelikatan minyak enjin mengalami penurunan apabila usia guna meningkat. Ini dibuktikan melalui model kelikatan matematik (ηmath) dan juga analisis reologi meter likat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Faktor masa; faktor suhu; kelikatan; minyak enjin; model kelikatan matematik |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 2492 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 03 Aug 2011 02:59 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:31 |
Repository Staff Only: item control page