MIC dan survival dalam PRU-14: satu ulasan kritikal

Sharmin Kutty Sivaraman, and Awang Azman Awang Pawi, and Zulkanain Abdul Rahman, (2024) MIC dan survival dalam PRU-14: satu ulasan kritikal. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 75-89. ISSN 0126-5008

[img] PDF
245kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726

Abstract

Pilihan Raya Umum ke-14 telah diadakan pada 9 Mei 2018 telah membawa perubahan yang drastik kepada kepimpinan negara, iaitu Pakatan Harapan telah berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Perubahan dalam pentadbiran ini membawa kepada pelbagai persepsi dalam kalangan pengundi khususnya pengundi India. Oleh itu, tujuan penulisan artikel ini adalah untuk menganalisis kedinamikan prestasi MIC khususnya dalam kalangan pengundi India di kawasan yang terdiri daripada pelbagai parti politik yang bertanding. Metodologi yang digunakan dalam penulisan artikel ini ialah data primer keputusan PRU-13 dan PRU-14 manakala data sekunder daripada maklumat atas talian untuk menganalisis lebih mendalam. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat empat faktor yang pengundi India menolak BN, iaitu faktor Mahathirisme, faktor dalaman MIC, faktor Janji Pakatan Harapan dan faktor media sosial yang telah berjaya mengalihkan undi kaum India kepada PH. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa cara pengundi India menilai pemimpin dan parti politik menggunakan kaedah yang sangat biasa namun apa yang penting adalah impak yang diberikan oleh pemimpin dan parti politik tersebut untuk memastikan survival parti politik dalam tempoh masa yang tertentu. Kesimpulannya, kajian ini penting bagi menyemai pandangan serta persepsi masyarakat terhadap pentadbiran kerajaan persekutuan. Faktor penolakan pula dapat memberi gambaran yang jelas kepada pemimpin dan ahli parti politik untuk menjadi panduan serta merancang strategi pelaksanaan dan dasar kerja yang lebih efisien dalam urusan politik semasa.

Item Type:Article
Keywords:Faktor peralihan; Kedinamikan; Politik baharu; Politik Melayu & India; PRU-14
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24936
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Mar 2025 02:09
Last Modified:19 Mar 2025 04:02

Repository Staff Only: item control page