Konflik persaingan: tumpuan UMNO dan DAP di Johor dalam PRU 12 hingga PRU 14

Muhammad Naim Fakhirin Rezani, (2024) Konflik persaingan: tumpuan UMNO dan DAP di Johor dalam PRU 12 hingga PRU 14. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 126-143. ISSN 0126-5008

[img] PDF
465kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726

Abstract

Artikel ini membincangkan persaingan UMNO dengan DAP dalam aspek politik di Johor. Walaupun UMNO dan DAP tidak bersaing secara fizikal untuk kerusi DUN mahupun Parlimen, namun persaingan kedua-dua parti ini dalam konteks politik di Johor secara tidak langsung memperlihatkan aspek perbezaan, terutamanya kumpulan sasaran serta pengundi kedua-dua parti tersebut. Dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 hingga PRU 2018, persaingan antara UMNO dan DAP dalam politik Johor semakin sengit. Prestasi DAP berjaya meningkatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada empat kerusi pada PRU 2008 kepada 14 kerusi pada PRU 2018 membuktikan DAP semakin meluaskan pengaruh di Johor. Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan kedudukan UMNO di Johor tergugat. Walaupun kedua-dua parti ini tidak bersaing antara satu sama lain, namun dari segi matlamat politiknya sama iaitu UMNO mengetuai parti yang membentuk kerajaan, DAP mengetuai parti pembangkang kerana jumlah bilangan kerusi yang dimenangi paling banyak berbanding parti pembangkang yang lain. Objektif utama kajian ini adalah membuktikan perbezaan yang terdapat pada UMNO dan DAP dari aspek politikal kedua-dua parti ini yang kemudiannya menjadi faktor penting membolehkan DAP menguasai politik Johor. Hasil kajian ini mendapati enam faktor yang menjadi perbezaan dan mempengaruhi persaingan kedua-dua parti ini di Johor iaitu perbezaan umur pengundi, profesion ahli dan lokaliti penyokong. Bagi memperlihatkan kesinambungan dengan idea penulisan, kajian ini menggunakan kaedah penulisan sejarah dengan meneliti laporan rasmi dari kedua dua parti, Suruhanjaya Pilihan Raya dan akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai sumber untuk penulisan.

Item Type:Article
Keywords:UMNO; DAP; Politik; Perbezaan; Johor
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24940
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Mar 2025 02:22
Last Modified:19 Mar 2025 04:08

Repository Staff Only: item control page