Mokhtar Ahmad, and Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, (2024) Tsunami Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia: kebangkitan Pakatan Harapan dan kemunculan politik baharu. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 204-223. ISSN 0126-5008
![]() |
PDF
654kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726
Abstract
Sejarah 13 kali pilihan raya umum bermula 1959 menyaksikan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan telah dilanda tsunami politik apabila tumbang buat julung kalinya kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi 20 kerusi DUN daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Kemenangan ini telah membuka lembaran baru kepada dinamika politik di Negeri Sembilan yang tercetus oleh pelbagai isu dan faktor. Oleh itu adalah menjadi matlamat kajian ini untuk menganalisis isu dan faktor tersebut yang membawa kepada kemunculan politik baharu di Negeri Sembilan. Penulisan artikel ini menggunakan menggunakan data primer melalui tiga kaedah utama iaitu soal selidik di lapangan, temu bual bersemuka dan pemerhatian di lapangan. Kaedah soal selidik di lapangan melibatkan 380 responden yang terdiri daripada pengundi Melayu berumur 21 tahun dan ke atas, di Daerah Mengundi di DUN Labu. Kaedah temu bual pula melibatkan empat informan yang terdiri daripada pemimpin parti politik di Labu. Data sekunder pula diperoleh daripada kajian kepustakaan dan kajian atas talian. Dapatan kajian memperlihatkan satu anjakan paradigma tentang naratif pengundian yang bersifat fleksibel dan dinamik serta tiada kemustahilan dalam proses politik pilihan raya. Lebih dari itu, pola pengundian yang terbentuk agak nyata dengan pengundi luar bandar atau kurang pembangunan masih memberi dokongan yang padu kepada BN dikala pengundi bandar, pinggir bandar dan kawasan membangun yang agak selesa kemudahan insfrastrukturnya beralih kepada pembangkang. Implikasi kajian ini adalah dapat menambahkan koleksi data pilihan raya dan dapat menjelaskan lebih terperinci dinamika pilihan raya di kawasan kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tsunami politik; Pilihan raya umum; Dinamika politik; Politik baharu; Tingkah laku politik |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24947 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 17 Mar 2025 02:53 |
Last Modified: | 19 Mar 2025 04:18 |
Repository Staff Only: item control page