Nurul Afifah Mohd Radzir, and Mohammad Ezanie Abu Samah, and Azrin Azmi, and Che Aziz Ali, and Kamal Roslan Mohamed, (2024) Sedimentologi dan sekitaran pengendapan kumpulan Setul, Pulau Langgun. Sains Malaysiana, 53 (12). pp. 3907-3918. ISSN 0126-6039
![]() |
PDF
2MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num12...
Abstract
Kajian sedimentologi batuan Kumpulan Setul di Pulau Langgun, telah dijalankan dengan objektif utama untuk mengenal pasti perbezaan litologi serta sekitaran pengendapannya. Aspek sedimentologi batuan Kumpulan Setul telah diperincikan berdasarkan perbezaan cirian lapangan serta perkaitannya dengan log sedimen. Hasil kajian yang diperoleh menunjukkan batuan Kumpulan Setul yang terdapat di Pulau Langgun dibahagikan kepada lima fasies utama, iaitu fasies trombolit (Ft), fasies stromatolit (Fs), fasies selang lapis batu lodak dan batu lumpur (Fblo-Fblu), fasies batu kapur masif (Fbk) dan fasies batu kapur merah (Fbkm). Sementara itu, berdasarkan perbezaan sekutuan fasies, Kumpulan Setul di sekitar Pulau Langgun diasingkan kepada dua iaitu Sekutuan Fasies 1 (SF1) dan Sekutuan Fasies 2 (SF2). Kedua-dua sekutuan fasies ini menunjukkan terdapat tindakan hidrodinamik daripada pengaruh pasang surut dan melibatkan perubahan paras air laut global berlaku di kawasan sekitaran zon dasar bergelombang ribut dan lebih khususnya adalah di kawasan cerun di zon sub-pasang surut (sub-pasang surut bahagian atas).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengaruh hidrodinamik; Pulau Langgun; Sub-pasang surut; Zon dasar gelombang ribut |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24948 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 17 Mar 2025 03:23 |
Last Modified: | 17 Mar 2025 03:23 |
Repository Staff Only: item control page