Pemetaan kes kemortalan bayi di Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah Bayes Empirik

Nuzlinda Abdul Rahman, and Abdul Aziz Jemain, and Kamarulzaman Ibrahim, and Ahmad Mahir Razali, (2011) Pemetaan kes kemortalan bayi di Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah Bayes Empirik. Sains Malaysiana, 40 (5). pp. 527-535. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
685kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memetakan kes kemortalan bayi mengikut daerah di Semenanjung Malaysia bagi tahun 1991 hingga 2000. Penganggaran risiko relatif berdasarkan kaedah Bayes empirik telah digunakan dalam kajian ini. Tiga kaedah penganggaran parameter dihuraikan iaitu kaedah momen, kaedah kebolehjadian maksimum dan kaedah penganggaran gabungan momen dan kebolehjadian maksimum. Keteguhan anggaran parameter yang diperoleh diuji menggunakan kaedah Bootstrap. Hasil kajian mendapati jurang antara kawasan berisiko rendah dengan kawasan berisiko tinggi adalah lebih besar pada awal dekad 2000 berbanding pada awal dekad 1990-an walaupun pada dasarnya kadar mortaliti bayi secara keseluruhannya adalah semakin berkurangan pada peringkat nasional. Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia masih pada takuk yang sama iaitu masih berada dalam kategori berisiko tinggi sepanjang tempoh yang dikaji. Seterusnya, gambaran terdapatnya tompokan risiko juga turut terpapar dalam peta yang dihasilkan. Berdasarkan kaedah Bootstrap, parameter-parameter yang dianggarkan dalam kajian ini adalah teguh.

Item Type:Article
Keywords:Bootstrap; kaedah Bayes empirik; kemortalan bayi; risiko relatif
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2495
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 03:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page