Pemerkasaan destinasi pelancongan bagi pembangunan semula Pulau Besar

Ezwani Azmi, and Rosniza Aznie Che Rose, and Azahan Awang, (2024) Pemerkasaan destinasi pelancongan bagi pembangunan semula Pulau Besar. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 259-282. ISSN 0126-5008

[img] PDF
347kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726

Abstract

Pemerkasaan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pelancongan sesebuah wilayah, semakin menjadi perhatian dalam kalangan sarjana dengan melihat fungsi dalam pembangunan, menjadi konstruk penting kepada individu, organisasi dan komuniti. Malah, pemerkasaan menjadi teras kepada falsafah dalam kemampanan pelancongan. Oleh itu, kajian ini telah menerokai pemerkasaan destinasi pelancongan dalam proses memulihkan dan membangunkan semula destinasi agar industri pelancongan di sesebuah wilayah dapat dilestarikan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di luar daripada bandar. Kajian yang dijalankan ini secara kualitatif dalam kajian kes tunggal. Teknik pengumpulan menggunakan kaedah tembual semi struktur dan pemerhatian sewaktu kajian lapangan. Informan yang telah ditemubual seramai 17 individu dalam kalangan pegawai daripada badan kerajaan, pengusaha dalam kalangan masyarakat tempatan dan pemilik aset. Manakala lokasi kajian spesifiknya di Pulau Besar dan pulau sekitar Negeri Melaka yang dibangunkan. Kajian ini telah merujuk Rangka Kerja Scheyvens & Van Der Watt yang menyenaraikan enam indikator pemerkasaan tetapi telah diadaptasi dalam konteks pembangunan semula destinasi pelancongan. Hasil analisa secara tematik dan penemuan kajian yang dibincangkan dalam artikel ini seiring dengan rangka kerja yang dicadangkan seperti indikator ekonomi, politik, sosiobudaya, alam sekitar dan psikologi kecuali pemerkasaan agama yamg mana berbeza apabila diadaptasi dalam kajian kes destinasi dan dibincangkan dalam artikel ini. Seterusnya, kajian ini dapat dilanjutkan lagi kepada indikator yang lain dalam mengembangkan ilmu akademik. Disamping itu, berupaya menjadi rujukan untuk menaikkan semula destinasi yang berpotensi untuk dibangunkan agar bermanfaat kepada masyarakat tempatan dan melestarikan industri pelancongan.

Item Type:Article
Keywords:Pemerkasaan; Pemerkasaan destinasi; Destinasi pelancongan; Pemerkasaan destinasi pelancongan; Pembangunan semula destinasi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24954
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Mar 2025 03:45
Last Modified:19 Mar 2025 04:24

Repository Staff Only: item control page