Pembangunan pengukuran myprestasi berdasarkan anugerah kualiti kebangsaan Malcolm Baldrige (MBNQA): kesahan dan kebolehpercayaan menurut Model Rasch

Nur Riza Mohd Suradi, and Mohammad Fairuz Mohd Nasir, and Wan Rosmanira Ismail, (2024) Pembangunan pengukuran myprestasi berdasarkan anugerah kualiti kebangsaan Malcolm Baldrige (MBNQA): kesahan dan kebolehpercayaan menurut Model Rasch. Sains Malaysiana, 53 (12). pp. 3253-3261. ISSN 0126-6039

[img] PDF
414kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num12...

Abstract

Instrumen MyPrestasi bagi memantau dan mengukur prestasi organisasi dalam sektor awam di Malaysia telah dibangunkan dengan merujuk kepada kriteria Anugerah Kualiti Kebangsaan Malcolm Baldrige (MBNQA). Tujuh kriteria MBNQA iaitu Kepimpinan, Strategi, Pelanggan, Pengukuran, Analisis dan Pengurusan Pengetahuan, Tenaga Kerja, Operasi dan Keberhasilan menjadi konstruk instrumen pengukuran prestasi organisasi. Kajian ini melibatkan 100 responden pegawai awam persekutuan daripada kategori Pengurusan dan Profesional Gred 41 sehingga Gred 54. Tiga jenis analisis khusus menggunakan pengukuran model Rasch telah digunakan untuk menilai kesemua tujuh konstruk melibatkan 28 item dalam instrumen MyPrestasi. Nilai infit dan outfit MSNQ bagi lima konstruk MyPrestasi didapati mematuhi nilai julat yang ditetapkan. Manakala, dua item iaitu ST4 dan RT4 dalam konstruk Strategi dan Keberhasilan digugurkan dari instrumen MyPrestasi disebabkan terkeluar daripada julat MNSQ. Analisis Korelasi Pengukuran Titik Item bagi kesemua item juga menunjukkan nilai yang positif. Hasil kajian mencadangkan MyPrestasi dengan 26 item sebagai instrumen yang jitu, sah dan boleh dipercayai untuk mengukur prestasi organisasi dalam sektor awam.

Item Type:Article
Keywords:Kesahan dan kebolehpercayaan; MBNQA; Pengukuran Model Rasch; Prestasi organisasi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24955
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Mar 2025 03:58
Last Modified:19 Mar 2025 06:53

Repository Staff Only: item control page