Penggunaan pasir silika dan karbon teraktif sebagai medium bagi merawat air bawah tanah di Hulu Langat, Selangor

Noor Fatinah Mohamad, and Norsyafina Roslan, and Azhar Abdul Halim, and Wan Neqhaikal Wan Abdul Karim, (2024) Penggunaan pasir silika dan karbon teraktif sebagai medium bagi merawat air bawah tanah di Hulu Langat, Selangor. Sains Malaysiana, 53 (12). pp. 3263-3275. ISSN 0126-6039

[img] PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num12...

Abstract

Masalah utama yang dihadapi oleh pengguna air bawah tanah di Malaysia adalah kandungan mineral oksida besi yang tinggi. Komposisi air bawah tanah adalah dipengaruhi oleh geologi dan hidrogeologi setempat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji potensi pasir silika dan karbon teraktif sebagai medium yang berkesan bagi merawat air bawah tanah di beberapa lokaliti terpilih di Hulu Langat, Selangor. Kajian dimulakan dengan aktiviti pemetaan geologi di kawasan kajian dan mentafsir data lubang gerudi bagi menghasilkan model konsep geologi kawasan kajian. Data paras air bawah tanah dan data kimia air bagi telaga abstraksi di Hulu Langat dianalisis bagi menghasilkan cirian hidrogeologi kawasan kajian. Sampel air bawah tanah di kawasan kajian dianalisis secara in situ menggunakan YSI Pro 1030 MPS (suhu, pH, kemasinan dan jumlah pepejal terlarut) dan kit ujian (nilai kekerasan dan kandungan besi). Sampel air dirawat menggunakan turus penjerapan dengan pasir silika pelbagai saiz dan karbon teraktif sebagai medium. Parameter fiziko kimia bagi sampel air bawah tanah terawat dianalisis menggunakan YSI Pro 1030 MPS dan Kit Ujian. Litologi utama kawasan kajian adalah granit biotit. Lapisan tanah baki menindih lapisan batuan granit yang teretak membentuk lapisan akuifer terkekang. Air bawah tanah di kawasan kajian adalah dominan dengan unsur Na+, K+ dan HCO3-, hasil interaksi antara air bawah tanah dengan medium akuifer dan aktiviti guna tanah di sekitar telaga abstraksi. Kajian turus penjerapan menggunakan pasir pelbagai saiz dan karbon teraktif sebagai medium didapati lebih berkesan berbanding menggunakan medium pasir sahaja. Sistem rawatan yang dihasilkan ternyata berkesan dalam meneutralkan air bawah tanah yang berasid, mengurangkan kekerasan air dan menyingkirkan kandungan besi.

Item Type:Article
Keywords:Karbon teraktif; Pasir silika; Penjerapan; Rawatan air bawah tanah
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24958
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Mar 2025 04:11
Last Modified:17 Mar 2025 04:11

Repository Staff Only: item control page