Impak perubahan iklim dan jaminan keselamatan makanan: cabaran pengeluaran padi di Malaysia

Shaidatul Azdawiyah Abdul Talib, and Wan Mohd Razi Idris, and Liew, Ju Neng and Tukimat Lihan, and Muhammad Zamir Abdul Rasid, (2024) Impak perubahan iklim dan jaminan keselamatan makanan: cabaran pengeluaran padi di Malaysia. Sains Malaysiana, 53 (12). pp. 3277-3289. ISSN 0126-6039

[img] PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num12...

Abstract

Isu perubahan iklim global menjadi perhatian masyarakat dunia ekoran impak negatif terhadap trend cuaca yang menjurus kepada berlakunya peristiwa ekstrim. Di Malaysia, peningkatan suhu dan perubahan corak taburan hujan mengakibatkan berlakunya banjir dan kemarau, yang turut memberi kesan kepada kawasan pertanian termasuklah tanaman padi. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merupakan kawasan jelapang terbesar di Malaysia turut berdepan dengan permasalahan ini. Oleh itu, perubahan corak taburan hujan serta suhu persekitaran perlu dianalisis ekoran impak terhadap hasil tanaman yang turut akan melibatkan isu jaminan keselamatan makanan. Data iklim cerapan (1991-2020) dan unjuran perubahan iklim (CMIP5) di bawah senario RCP 4.5 dan RCP 8.5 dianalisis bagi 7 lokasi terpilih di MADA, merangkumi ujian Mann-Kendall (MK) dan kecerunan Sen (SS), indeks keamatan hujan (PCI), indeks anomali hujan (RAI), indeks kerpasan piawai (SPI) dan anomali suhu. Unjuran dibahagikan kepada 3 tempoh masa; awal abad (2020-2046), pertengahan abad (2047-2073) dan akhir abad (2074-2099). Hasil ujian MK dan SS mendapati jumlah taburan hujan tahunan dan kedua-dua musim penanaman dijangka akan terus meningkat dengan corak hujan yang tidak sekata pada musim utama. Tiada kemarau dijangkakan di MADA dengan peningkatan sehingga 2.74 °C (RCP 4.5) dan 4.83 °C (RCP 8.5). Unjuran hasil DSSAT 4.8 menggambarkan purata hasil tanaman padi berkurangan sekitar 19% - 25% (RCP 4.5) dan sekitar 20% - 27% (RCP 8.5) berbanding hasil yang direkodkan pada tahun 2022. Sehubungan itu, hasil kajian ini dapat membantu para penyelidik dan penggubal dasar merangka strategi adaptasi dan mitigasi terbaik bagi menjamin keselamatan makanan dan pembangunan mapan.

Item Type:Article
Keywords:Hujan; Perubahan iklim; Suhu; Unjuran hasil padi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24960
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Mar 2025 04:20
Last Modified:19 Mar 2025 06:56

Repository Staff Only: item control page