Shamsuri, N.A. and Chia, J.J. and Hamsan, M.H and Kadir, M.F.Z. and Shukur, M.F. (2024) Kesan azanium iodida terhadap sifat konduktif elektrolit berasaskan polimer campuran poli(Etenol)-selulosa metil eter. Sains Malaysiana, 53 (12). pp. 3329-3338. ISSN 0126-6039
![]() |
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num12...
Abstract
Elektrolit polimer pepejal (EPP) telah menarik perhatian sebagai pengganti yang berpotensi disebabkan oleh kelenturan mekanikal yang ketara, kebolehterusan proses yang mudah, membolehkan pembentukan peranti penyimpanan yang selamat, ringkas dan mudah dibentuk. Dalam kajian ini, suatu sistem EPP yang terdiri daripada poli(etenol) (PE) dan selulosa metil eter (SME) telah disediakan melalui teknik pelapisan larutan. Pelbagai peratus berat (% bt.) azanium iodida (AI) telah digabungkan dengan EPP PE/SME sebagai pembekal ion untuk meningkatkan kekonduksian ion. Interaksi antara EPP PE/SME dan AI telah dianalisis melalui analisis spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR). Daripada mikroskopi imbasan elektron penyerakan medan (FESEM), didapati bahawa kandungan AI telah memberi kesan yang signifikan terhadap morfologi EPP lalu meningkatkan kekonduksian ion EPP. Pengaruh AI ke atas sifat elektrik EPP telah dikaji lebih lanjut melalui spektroskopi impedans elektrokimia (EIS). Penggabungan 40 %bt. AI telah mengoptimumkan kekonduksian suhu bilik elektrolit kepada (2.34 ± 0.48) × 10-5 S cm-1.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Azanium iodide; Elektrolit campuran polimer; Kekonduksian; Poli(etenol); Selulosa metil eter |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 24967 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 17 Mar 2025 06:34 |
Last Modified: | 19 Mar 2025 07:09 |
Repository Staff Only: item control page