Mohd Khaidir Abdul Wahab, (2024) Pilihan bahasa pelajar dari negara China dalam mandala pendidikan di Universiti Sains Malaysia. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 392-411. ISSN 0126-5008
![]() |
PDF
496kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726
Abstract
Kajian ini meninjau pilihan bahasa dalam kalangan pelajar dari negara China dalam mandala pendidikan, iaitu ketika mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di Universiti Sains Malaysia dan mengenal pasti faktor-faktor pemilihan mereka terhadap bahasa tersebut. Selain itu, kajian ini turut mengkaji persepsi mereka terhadap bahasa bahasa pilihan. Kaedah ini adalah kajian lapangan. Borang soal selidik diedarkan secara dalam talian dengan menggunakan Google Form kepada responden. Kaedah ini menggunakan pautan yang tersedia dan dikongsikan secara dalam talian melalui aplikasi WhatsApp dan WeChat bagi mendapatkan jumlah responden yang ditetapkan. Responden yang terlibat berjumlah 100 orang. Pendekatan Fishman (1972) tentang pilihan bahasa mengikut mandala dipilih sebagai kerangka kajian. Kajian mendapati bahawa pola hierarki pilihan bahasa pelajar dari negara China ketika membentangkan tugasan adalah (BM > BI > B.Mandarin>BM +B.Mandarin), berinteraksi dengan pensyarah adalah (BM > BI >BM +BI), ketika berbincang berkaitan tugasan dengan pelajar tempatan adalah (BM > BI >B.Mandarin> BM +BI), pilihan bahasa ketika berinteraksi dengan rakan dari negara China di dalam kuliah dan tutorial adalah (B.Mandarin> BM>BI), pilihan bahasa ketika berada di desasiswa/hostel menyiapkan tugasan bersama pelajar tempatan adalah seperti berikut (BM > BI >B.Mandarin> BM +BI). Bahasa yang dianggap sebagai bahasa paling berprestij adalah (BI >B.Mandarin>BM> Semua Bahasa), bahasa dalam membangunkan identiti dan rasa kebanggan pelajar adalah (B.Mandarin>BM> BI> B.Mandarin + BM+Semua Bahasa) dan bahasa yang paling efektif dalam bidang pekerjaan adalah (BI> B.Mandarin> BM> BI+BM+B.Mandarin).Secara keseluruhannya, pelajar antarabangsa dari negara China yang belajar di USM masih memilih bahasa Melayu dalam setiap submandala pendidikan. Dapatan ini menunjukkan kelompok pelajar yang belajar di USM mempunyai semangat yang tinggi untuk menyesuaikan diri mereka dengan bahasa dan budaya sesebuah negara dengan baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sosiolinguistik; Pilihan bahasa; Mandala pendidikan; Pelajar negara China |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24968 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 17 Mar 2025 06:34 |
Last Modified: | 19 Mar 2025 04:48 |
Repository Staff Only: item control page