Gaya bahasa pertautan dan kekuatannya dalam mencorakkan keindahan: Syair Dagang Adanya karya Sheikh Hamzah Fansuri

Mohd Muhaimi Abdul Rahman, and Zubir Idris, and Muhd Norizam Jamian, (2024) Gaya bahasa pertautan dan kekuatannya dalam mencorakkan keindahan: Syair Dagang Adanya karya Sheikh Hamzah Fansuri. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 412-431. ISSN 0126-5008

[img] PDF
319kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726

Abstract

Syair Dagang Adanya merupakan puisi Sheikh Hamzah Fansuri yang sarat dengan nilai-nilai Islam. Namun, kajian tentang kepenyairan Sheikh Hamzah Fansuri menerusi syair ini kurang dikaji secara tuntas sehingga menimbulkan kelompongan kajian yang ketara khususnya yang berkaitan aspek keindahan gaya bahasa. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneliti keindahan gaya bahasa pertautan yang digunakan oleh Sheikh Hamzah Fansuri dalam syair ini. Kajian kualitatif ini mengaplikasikan analisis kandungan terhadap manuskrip MSS 3160 Syair Dagang Adanya. Pengumpulan data dilakukan dengan melibatkan beberapa proses, iaitu; (1) Pembacaan secara berulang-ulang Syair Dagang Adanya untuk mengenal pasti kata kunci yang berkaitan gaya bahasa pertautan; (2) Mencatat dan menulis kata kunci gaya bahasa pertautan yang terdapat dalam Syair Dagang Adanya; (3) Mengelompokkan kata-kata kunci dengan gaya bahasa pertautan berdasarkan model Tarigan untuk dianalisis; dan (4) mengenal pasti kesan keindahan penggunaan gaya bahasa tersebut. Model Gaya Bahasa oleh Henry Guntur Tarigan (1983) digunakan sebagai kerangka analisis dengan tumpuan terhadap gaya bahasa pertautan yang merangkumi metonimi, alusi, eufemisme, epitet, sinekdok, antonomasia, paralelisme dan asindeton. Dapatan kajian mendapati Sheikh Hamzah Fansuri berjaya memanipulasikan kesemua gaya bahasa pertautan tersebut dalam mencorakkan keindahan Syair Dagang Adanya. Kekuatan gaya bahasa pertautan ini membolehkan Sheikh Hamzah Fansuri menyampaikan isu-isu berkaitan keagamaan secara berkesan. Kajian sistematik ini diharap dapat mencambahkan kajian-kajian sarjana tentang penggunaan gaya bahasa dalam pengkaryaan Sheikh Hamzah Fansuri yang lainnya.

Item Type:Article
Keywords:Gaya bahasa pertautan; Henry Guntur Tarigan; Manuskrip; Sheikh Hamzah Fansuri; Syair Dagang Adanya
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24969
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Mar 2025 06:38
Last Modified:19 Mar 2025 04:50

Repository Staff Only: item control page