Sistem modaliti dalam cerpen Bahasa Banjar: satu analisis nahu fungsional

Muhammad Farris Imadi Fuze, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, and Kartini Abd. Wahab, and Mohammad Fadzeli Jaafar, (2024) Sistem modaliti dalam cerpen Bahasa Banjar: satu analisis nahu fungsional. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 432-450. ISSN 0126-5008

[img] PDF
417kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726

Abstract

Masyarakat Banjar kaya dengan kepelbagaian karya sasteranya dan banyak kajian telahpun dilakukan terhadap karya-karya sastera ini. Walau bagaimanapun, aspek modaliti bahasa ini dilihat masih lagi kurang diberi tumpuan oleh para sarjana terdahulu. Justeru, kajian ini bakal membincangkan sistem modaliti yang terdapat dalam penulisan cerpen bahasa Banjar dengan mengguna pakai pendekatan Nahu Fungsional yang diperkenalkan oleh Halliday (1985). Tiga aspek modaliti yang diteliti termasuklah jenis modaliti, darjah kebenaran serta polariti. Kaedah korpus linguistik digunakan dalam kajian ini dan satu korpus yang mengandungi koleksi cerpen bahasa Banjar telah dijadikan sebagai bahan kajian. Kajian mendapati bahawa terdapat empat jenis modaliti yang telah digunakan dalam cerpen ini iaitu kemungkinan, kelaziman, kemestian dan keinginan. Setiap jenis modaliti ditandai oleh ekspresi modal yang berbeza dan dapat diukur dari aspek darjah kebenaran serta polaritinya. Modalisasi jenis kemungkinan dan modulasi jenis keinginan merupakan yang paling kerap digunakan oleh penulis manakala modalisasi jenis kelaziman dan modulasi jenis kemestian pula paling kurang digunakan dalam cerpen. Penggunaan sistem modaliti dalam cerpen ini juga turut membawa beberapa kesan serperti membantu dalam penyampaian atitud watak dan pendirian pengarang terhadap sesuatu peristiwa, mencerminkan gaya dan teknik unik penulis, serta meningkatkan lagi keinginan serta motivasi pembaca untuk meneruskan pembacaan sesuatu wacana itu. Hasil kajian ini diharap dapat mengembangkan lagi ilmu-ilmu berkaitan sistem modaliti khususnya dalam bahasa Banjar di samping memperkenalkan juga karya-karya sastera Banjar kepada khalayak umum.

Item Type:Article
Keywords:Cerpen bahasa Banjar; Modaliti; Ekspresi modal; Darjah kebenaran; Polariti
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24971
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Mar 2025 06:44
Last Modified:19 Mar 2025 04:51

Repository Staff Only: item control page