Pola fonologi kata pinjaman dari Bahasa Melayu dalam Bahasa Lanoh

Sa'adiah Ma'alip, and Chong, Shin (2024) Pola fonologi kata pinjaman dari Bahasa Melayu dalam Bahasa Lanoh. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 451-466. ISSN 0126-5008

[img] PDF
477kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726

Abstract

Bahasa Lanoh merupakan salah satu bahasa dalam kelompok bahasa Aslian Tengah dan mengandungi variasi seperti Lanoh Semnam, Sungai Air Karah, Jengjeng dan Yir. Di antaranya, bahasa Jengjeng dan Yir telah pupus, manakala bahasa Lanoh Sungai Air Karah dan Semnam masih dipertuturkan. Tinjauan kosa ilmu mendapati bahawa bahasa Lanoh Semnam telah dideskripsi secara tuntas, baik dari aspek fonetik mahupun fonologi kata pinjaman. Bahasa ini didapati memiliki ciri fonologi kata pinjaman dari bahasa Melayu yang mirip dengan bahasa Temiar dari kelompok Aslian Tengah. Oleh kerana bahasa Lanoh di Sungai Air Karah belum ada kajian yang menjurus, dan pola fonologi kata pinjamannya agak bervariasi, kajian ini berfokus pada meninjau ciri fonologi kata pinjaman dari BM. Bertitik tolak dari permasalahan ini, sebanyak 450 patah kata Lanoh telah dikumpulkan melalui teknik temubual berstruktur, dengan daftar kata Swadesh yang diperkembangkan. Hasil saringan data mendapati bahawa terdapat sebanyak 51 patah kata pinjaman dari BM dan 3 patah kata yang bersamaan dengan bahasa di Borneo Barat. Kajian ini menggunakan Benjamin (2022) sebagai kerangka kajian dan hasil analisis mendapati bahawa bahasa Lanoh Sungai Air Karah menunjukkan variasi tersendiri dengan memiliki pola peminjaman seperti rhotik r direalisasi sebagai [y] pada posisi awal dan tengah kata, manakala sebagai [ʔ] pada akhir kata; BM /-t/ dan /-h/ direalisasikan sebagai [ʔ]; realisasi vokal berlaku selepas peminjaman; BM /-l/ sebagai /-h/ jika status diftong (-ua-) berbentuk V; peleburan dan pemenggalan segmental; dan, pengekalan bunyi sekatan konsonantal nasal akhir. Hasil kajian ini mencerminkan BM memperkayakan bahasa Lanoh dan berjaya menambahkan korpus kajian bahasa Orang Asli.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Lanoh; Bahasa Temiar; Bahasa Melayu; Kata pinjaman; Pola fonologi
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24972
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Mar 2025 06:48
Last Modified:19 Mar 2025 04:53

Repository Staff Only: item control page