Pilihan bahasa dalam domain kekeluargaan Masyarakat Siam, Kedah

Muhamad Khairul Najmi Amran, and Wan Robiah Meor Osman, and Nor Fazila Ab Hamid, (2024) Pilihan bahasa dalam domain kekeluargaan Masyarakat Siam, Kedah. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 481-497. ISSN 0126-5008

[img] PDF
431kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726

Abstract

Masyarakat Siam merupakan golongan etnik minoriti yang terdapat di Kampung Bendang Raja, Pendang, Kedah. Masyarakat ini merupakan komuniti bahasa yang unik kerana mereka merupakan kaum bumiputera yang telah berhijrah sejak hubungan Sultan Kedah dengan Raja Bangkok sekitar tahun 1882-1942. Tambahan pula, dengan keadaan geografi negeri Kedah yang bersempadan dengan Thailand mewujudkan penghijrahan komuniti ini ke daerah-daerah negeri Kedah. Masyarakat ini dilihat telah berasimilasi dari segi bahasa dan budaya dengan penduduk tempatan, iaitu kaum Melayu sejak sekian lama. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan melihat pemilihan bahasa menerusi domain kekeluargaan (DKga) dalam komuniti ini. Kaedah dalam kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 150 orang responden yang berusia antara 20 hingga 50 tahun secara rawak. Kajian ini memanfaatkan Kerangka Fishman (1972). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat variasi pilihan bahasa dalam DKga yang cenderung memilih campuran bahasa Siam (BS) dan dialek Kedah (DK) bagi hubungan dalam lingkungan pertama, kedua dan ketiga, iaitu adik-beradik, ibu bapa, datuk, nenek, saudara rapat dan saudara mara berkahwin campur. Manakala, bagi lingkungan kedua untuk mentua, menantu dan lingkungan ketiga bagi ipar duai, biras, besan serta saudara jauh menunjukkan kecenderungan memilih DK sebagai bahasa interaksi harian. Oleh hal yang demikian, hasil dapatan ini secara tidak langsung memperlihatkan bahawa pemilihan bahasa sangat berkait rapat dengan jarak dan status sosial sesuatu hubungan dalam DKga.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan bahasa; Domain kekeluargaan; Lingkungan kekeluargaan; Masyarakat Siam
Journal:AKADEMIKA
ID Code:24975
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:17 Mar 2025 06:55
Last Modified:19 Mar 2025 04:59

Repository Staff Only: item control page