Salinah Ja’afar, and Maslida Yusof, and Rusmadi Baharuddin, and Karim Harun, and Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2024) Kreativiti dan impak komunikasi digital dalam kalangan generasi Z. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 515-529. ISSN 0126-5008
![]() |
PDF
324kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726
Abstract
Generasi Z, yang dikenali sebagai generasi yang menggunakan komunikasi digital secara meluas, telah memanfaatkan kreativiti mereka untuk mencipta dan mengubah bentuk komunikasi sedia ada bagi meningkatkan interaksi digital, terutama dalam memenuhi keterhadan ruang penyampaian makna. Batasan ruang dan masa dalam komunikasi digital telah mendorong Generasi Z untuk membentuk budaya bahasa baru yang lebih kreatif. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik aspek kreativiti dalam komunikasi Generasi Z di media sosial melalui pendekatan analisis konseptual dan kontekstual, sambil meneliti kesan negatif yang mungkin timbul daripada kreativiti tersebut. Data kajian diperoleh secara dalam talian melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik, memberi tumpuan kepada cara Generasi Z mencipta perkataan baru, menghapuskan atau mengubah suai perkataan dan frasa sedia ada, serta menggabungkan elemen bahasa baharu dalam komunikasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa Generasi Z telah menggunakan cara komunikasi yang kreatif dan unik bagi memenuhi keperluan media sosial. Namun begitu, jika kreativiti ini tidak dipantau, ia berpotensi menyumbang kepada kemerosotan bahasa formal dalam jangka panjang. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa perubahan dalam struktur bahasa mungkin berlaku akibat penggunaan komunikasi digital yang meluas. Penyelidikan akan datang boleh memberikan tumpuan kepada aspek pragmatik, semantik, serta kesan budaya daripada perkembangan bahasa ini, di samping memantau perubahan yang dibawa oleh interaksi digital terhadap bahasa yang digunakan oleh Generasi Z.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komunikasi; Kreativiti; Digital; Media sosial; Generasi Z |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24978 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 17 Mar 2025 07:03 |
Last Modified: | 19 Mar 2025 05:02 |
Repository Staff Only: item control page