Ahmad Murad Mohd Noor Merican, (2024) Tanah air dan rantau berpisah tiada: merantau sebagai kategori sosiologi. AKADEMIKA, 94 (3). pp. 530-543. ISSN 0126-5008
![]() |
PDF
678kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1726
Abstract
Makalah ini bertujuan menampilkan rantau dan merantau sebagai satu kategori sosiologi. Ia menegaskan keperluan mempertimbangkan semula istilah dan maksud tersebut yang lazimnya digagaskan dalam konteks sebagai korpus adat dan budaya. Dalam pada itu, makalah ini mengemukan tesis bahawa rantau dan merantau dikait dan dijalin dengan konsep Tanah Air sebagai gagasan dan realiti geografi. Rantau dan merantau adalah tonggak tanah air. Di sinilah tersimpan memori kolektif sebuah tamadun di Kepulauan Melayu. Ini menjurus kepada pentakrifan semula maksud tamadun yang salam ini diukur dari sejarah kebenuaan. Jika seseorang itu mahu mencari tamadun Melayu, jawapan terletak kepada realti tanah air. Dengan itu makalah ini mengemukakan satu perspektif maritim dalam mengenali tamadun dan ketamadunan. Ia menggunakan gagasan Ibnu Khaldun dan Fernand Braudel. Dari Khaldun makalah ini menggunakan analogi padang pasir, dariu Braudel ia menggunakan analogi laut dan kepulauan. Dalam memahami peradaban Melayu, wajar wujud satu kesedaran mengenai ruang kelautan. Dan perspektif ini membolehkan kita memahami interaksi dinami keluatan dan masyarakat kelautan. Dari segi epistemologi, pendekatan ini dalam mengimbangi kefahaman peradaban kebenuaan yang telah menjajah kesarjanaan kita selama ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Rantau; Merantau; Tanah air; Kepulauan Melayu; Sosiologi |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 24979 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 17 Mar 2025 07:07 |
Last Modified: | 19 Mar 2025 05:04 |
Repository Staff Only: item control page