Aktiviti 210Pb dalam PM10 di pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia

Siti Munirah Johari, and Liu, Shengfa and Shi, Xuefa and Che Abd. Rahim Mohamed, and Masni Mohd Ali, (2024) Aktiviti 210Pb dalam PM10 di pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 53 (12). pp. 3389-3408. ISSN 0126-6039

[img] PDF
24MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol53num12...

Abstract

Radionuklid semula jadi 210Pb kerap digunakan sebagai penyurih untuk mengkaji proses atmosfera dan pengangkutan jarak jauh bahan pencemar dalam ruang udara. 210Pb yang melekat pada zarah PM10 telah melalui proses penggarutan yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor sekitaran. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara aktiviti 210Pb dan faktor meteorologi di pantai timur Semenanjung Malaysia. Pensampelan PM10 telah dijalankan pada tahun 2007 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di stesen meteorologi Kota Bharu, Kuantan dan Mersing. Sampel PM10 dihadam sepenuhnya dan aktiviti 210Pb dihitung menggunakan Spektrometri Pembilang Kasar Alfa Beta. Kota Bharu, Kuantan dan Mersing menunjukkan kepekatan PM10 maksimum pada Monsun Barat Daya dengan nilai 82.7 mg/m3, 47.9 mg/m3 dan 51.9 mg/m3, selari dengan bilangan titik panas di Kepulauan Riau, Indonesia. Julat aktiviti 210Pb pada tahun 2007 adalah 0.25 - 1.17 mBq/m3 (Kota Bharu), 0.13 - 0.86 mBq/m3 (Kuantan) dan 0.15 - 0.84 mBq/m3 (Mersing). 210Pb merekodkan aktiviti maksimum semasa Monsun Barat Daya bagi Kuantan dan Mersing masing-masing dengan purata 0.64 ± 0.08 mBq/m3 dan 0.58 ± 0.08 mBq/m3. Manakala, Kota Bharu merekodkan aktiviti 210Pb maksimum semasa Monsun Timur Laut dengan purata 0.70 mBq/m3. Analisis korelasi Pearson dan regresi linear menunjukkan korelasi yang negatif antara jumlah hujan harian (unit: mm) dan aktiviti 210Pb di pesisir pantai Semenanjung Malaysia. Selain itu, terdapat korelasi positif antara aktiviti 210Pb dengan suhu. Ini menunjukkan bahawa jumlah hujan harian dan suhu adalah faktor-faktor penting yang mempengaruhi aktiviti 210Pb dalam PM10 pesisir pantai.

Item Type:Article
Keywords:Asia Tenggara; Meteorology; Monsoon; PM10; 210Pb
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:24985
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:19 Mar 2025 07:39
Last Modified:19 Mar 2025 07:44

Repository Staff Only: item control page