Pencirian geomekanik jasad batuan dengan menggunakan kaedah seismos: nisbah poisson

Goh .T.L, and Ghani .A Rafek, and Rahim .A Samsudin, and Hariri .M Ariffin, and Baizura .N Yunus, (2011) Pencirian geomekanik jasad batuan dengan menggunakan kaedah seismos: nisbah poisson. Sains Malaysiana, 40 (6). pp. 561-568. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Parameter mekanik seperti nisbah Poisson merupakan parameter input kejuruteraan batuan terutamanya dalam perisian komputer model berangka. Kaedah seismos digunakan untuk menentukan nisbah Poisson jasad batuan segar (gred I), terluluhawa sedikit (gred II), terluluhawa sederhana (gred III) dan tinggi (gred IV). Nisbah Poisson setiap lapisan jasad batuan dikira berdasarkan nilai purata halaju gelombang mampatan (Vp) dan gelombang ricih (Vs) pada kedalaman tertentu. Halaju gelombang mampatan (Vp) diperoleh daripada survei seismos biasan dan halaju gelombang ricih (Vs) diperoleh daripada survei analisis spektral gelombang permukaan (SASW) atau analisis gelombang permukaan berbilang saluran (MASW). Sebanyak 66 ujian seismos telah dijalankan pada 9 cerun jasad batuan iaitu 6 ujian di atas 1 cerun jasad batuan granit di JKR kuari Bukit Penggorak, Kuantan, Pahang; 26 ujian di atas 4 cerun jasad batuan granit di Kuari Kajang Rock, Semenyih, Ulu Langat, Selangor; 12 ujian di atas 1 cerun jasad batuan granit di Lebuhraya Silk Kajang (km 14.6) Selangor; 14 ujian di atas 2 cerun jasad batuan syis di Jalan Kuala Kubu Baru-Bukit Fraser (km 15), Selangor dan 8 ujian di atas 1 cerun jasad batuan kuarzit di Section U10, Bukit Cherakah, Shah Alam, Selangor. Daripada ujian seismos, nilai maksimum nisbah Poisson jasad batuan yang bergred I, II, III dan IV ialah 0.295, 0.335, 0.355 dan 0.364. Nilai minimum nisbah Poisson jasad batuan yang mempunyai gred I, II, III dan IV ialah 0.215, 0.299, 0.334 dan 0.337. Nilai purata nisbah Poisson untuk jasad batuan bergred I, II, III dan IV ialah 0.274, 0.320, 0.345 dan 0.345. Nilai nisbah Poisson jasad batuan menjadi semakin besar apabila gred terluluhawa menjadi semakin besar. Nilai purata nisbah Poisson jasad batuan gred II, III dan IV bertambah sebanyak 16.8%, 25.9% dan 25.9% jika dibandingkan dengan jasad batuan gred I. Keadaan ini berlaku kerana perubahan retakan pada jasad batuan gred I adalah lebih besar apabila mengalami proses terluluhawa. Perubahan retakan menjadi semakin kecil apabila mengalami proses terluluhawa seterusnya. Tiada perubahan retakan berlaku pada jasad batuan gred III apabila menjadi jasad batuan gred IV

Item Type:Article
Keywords:Analisis gelombang permukaan berbilang saluran; analisis spektral gelombang permukaan; nisbah Poisson; seismos biasan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2500
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 06:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page