Mencari jati diri makanan Melayu Perlis: suatu catatan awal

Hazman Hassan, and Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, and Juliana Ahmad, and Mohd Nazim Mohd Noor, (2024) Mencari jati diri makanan Melayu Perlis: suatu catatan awal. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1 (SI)). pp. 1-10. ISSN 2590-4310

[img] PDF
239kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Makalah ini memperkenalkan dan membincangkan makanan tradisional Perlis yang sering kurang mendapat perhatian berbanding masakan negeri lain di Semenanjung Malaysia. Sememangnya tidak dinafikan bahawa makanan Perlis memiliki asal-usul dan pengaruh yang hampir sama dengan makanan negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, seperti ungkapan “sama tetapi tidak serupa”, makanan Perlis memiliki sifat-sifat dan keunikan tersendiri yang tidak banyak disedari oleh orang ramai dan amat kurang mendapat liputan media. Oleh yang demikian, makalah ini berusaha untuk menghidangkan suatu perspektif mata burung terhadap makanan Perlis yang jarang diperkatakan. Untuk itu, selepas membentangkan keperibadian Melayu Perlis di bawah pemerintahan Wangsa Jamalullail, ciri-ciri makanan Perlis dan faktor pembentuk jati diri makanan Perlis akan dipaparkan. Di samping itu, beberapa keistimewaan dan kelangkaan makanan Perlis turut dipersembahkan. Secara keseluruhannya, tujuan artikel ini adalah untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang makanan Perlis, yang bukan sahaja menjadi elemen penting dalam kehidupan seharian penduduknya tetapi juga menjadi simbol kebanggaan dan warisan budaya yang harus dipelihara dan dipromosikan.

Item Type:Article
Keywords:Perlis; Makanan tradisional Perlis; Melayu Perlis; Masakan Perlis & identiti
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:25005
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Apr 2025 04:26
Last Modified:07 Apr 2025 09:55

Repository Staff Only: item control page