Maulana Al-Fin Che Man, and Hishamudin Isam, (2024) Keunikan Laksa Perlis sebagai tarikan gastronomi pelancongan di Perlis. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1 (SI)). pp. 11-23. ISSN 2590-4310
![]() |
PDF
257kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Gastronomi ialah bidang penyelidikan melibatkan hubungan kulinari dan budaya dalam sesebuah masyarakat. Gastronomi merangkumi proses seperti menemui, merasai, mengalami pengalaman, mengkaji, memahami dan menulis tentang penyediaan serta kualiti deria bagi nutrisi manusia secara menyeluruh. Kini keunikan gastronomi di sesebuah negeri di Malaysia telah dijadikan salah satu daya tarikan utama dalam bidang pelancongan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti keunikan dan keaslian Laksa Perlis dari sudut pandang gastronomi tempatan. Fokus kajian dijalankan di sekitar negeri Perlis Indera Kayangan. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara, kaedah catatan dan pendokumentasian untuk mendapatkan data. Kemudian data akan dianalisis dengan mengaplikasikan konsep Rangka Rujuk Silang (RRS) bagi melihat kesinambungan terhadap keunikan laksa Perlis dan pendapat hasil temu bual responden. Hasilnya, keunikan Laksa Perlis berdasarkan bidang gastronomi ini mampu menjadi daya tarikan utama kepada pelancong yang bertandang ke negeri Perlis. Tuntasnya, Laksa Perlis sering kali menjadi buah mulut para pelancong yang bertandang ke negeri Perlis kerana keunikan rasanya, sejarahnya, bahan penyediaannya dan cara pemakanan yang tersendiri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gastronomi; Laksa Perlis; Rangka Rujuk Silang (RRS); Perlis; Akal budi |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 25006 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Apr 2025 04:26 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 04:26 |
Repository Staff Only: item control page