Dokumentasi penyediaan kelemai: kuih tradisional masyarakat Rawa di Perak

Suhaini Md Noor, and Mohd Faizal Musa, (2024) Dokumentasi penyediaan kelemai: kuih tradisional masyarakat Rawa di Perak. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1 (SI)). pp. 47-64. ISSN 2590-4310

[img] PDF
725kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Masyarakat Rawa adalah salah satu rumpun ras Melayu yang ada di selatan negeri Perak. Keunikan masyarakat Rawa tidak hanya pada kelainan dialeknya, malah dapat dilihat dalam sajian makanan tradisionalnya. Ada pelbagai makanan yang khusus disediakan dan disajikan dalam budaya Melayu Rawa. Kajian ini adalah satu usaha pendokumentasian bagi tujuan menonjolkan keunikan dan keistimewaan penyediaan kuih kelemai yang jarang diperkatakan dan dikenali masyarakat Melayu hari ini. Kajian ini akan menghuraikan cara pembuatan, bahan asas dalam penghasilan, serta perbezaan kelemai dengan makanan tradisional yang dibandingkan iaitu dodol dan lemang. Kajian ini dijalankan dengan memanfaatkan kaedah kajian kualitatif dengan mengaplikasi teknik Amin Sweeney dalam mengumpul data dan menganalisis data. Kaedah temubual informan dan demonstrasi pembuatan adalah antara Teknik pengumpulan data yang dijalankan. Manakala data yang di transkrip dianalisis melalui teknik análisis deskriptif bagi menghuraikan kaedah dan bahan selain analisis kritikal bagi memperlihatkan perbezaan antara kelemai dan dua jenis kuih tradisional yang dibandingkan. Dapatan kajian meliputi kaedah pembuatannya, bahan penyediaan serta perbandingan antara kelemai dengan kuih tradisional masyarakat Melayu yang lebih dikenali dan kekal hingga kini iaitu dodol dan lemang. Kajian ini memperkaya rujukan berstruktur, empirikal berkaitan kuih-kuih tradisional Melayu yang kini hampir pupus. Dokumentasi harta intelek seperti yang dibentangkan ini adalah antara usaha yang wajar diteruskan dan direkodkan secara bertulis sebagai rujukan, teradun dalam audio visual yang merakam proses dan teknik serta boleh dicapai secara terbuka dan meluas.

Item Type:Article
Keywords:Kelemai; Rawa; Perak; Kuih tradisional; Dodol; Lemang
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:25021
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Apr 2025 04:26
Last Modified:07 Apr 2025 10:03

Repository Staff Only: item control page