Kajian perbandingan reka bentuk kuih raya tradisional dan moden

Ros Mahwati Ahmad Zakaria, (2024) Kajian perbandingan reka bentuk kuih raya tradisional dan moden. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1 (SI)). pp. 77-91. ISSN 2590-4310

[img] PDF
786kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index

Abstract

Kuih raya ialah satu daripada hidangan yang menjadi ciri penting di kalangan masyarakat Melayu sejak dahulu dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kuih raya tradisional merujuk kepada kuih raya yang telah dihasilkan oleh masyarakat Melayu tempatan setiap kali sambutan Hari Raya sejak lebih daripada 50 tahun yang lalu. Setiap kuih tradisional yang diwarisi mempunyai reka bentuk yang khas dan sinonim dengan nama sesuatu jenis kuih tersebut. Reka bentuk kuih termasuk dalam satu bidang kajian makanan yang dikenali sebagai reka bentuk makanan atau food design (Zampollo, 2017). Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan reka bentuk kuih raya tradisional dan moden yang dihidangkan ketika hari raya di Malaysia. Terdapat dua kaedah kajian yang digunakan iaitu pertama, kajian pustaka yang melihat kajian lepas berkaitan reka bentuk makanan dan makanan tradisional dalam penerbitan fizikal dan juga elektronik. Manakala kaedah kedua ialah penelitian resepi, bahan dan proses pembuatan kuih raya tradisional dan moden menggunakan video Youtube atau media sosial lain dan juga dari pengalaman penulis sendiri. Hasil kajian ini memperlihatkan terdapat tiga perbezaan reka bentuk kuih raya tradisional dan moden yang diperolehi dari kajian ini iaitu dari segi penggunaan bahan, proses penyediaan dan juga rupa kuih yang dihasilkan. Kuih raya tradisional mempunyai reka bentuk yang lebih tahan lama berbanding kuih raya moden walaupun ia tampak lebih cantik dan menarik berbanding kuih tradisional. Perubahan reka bentuk kuih raya tradisional juga dilihat sebagai satu daripada faktor yang diperlukan untuk tujuan mengkomersialkan kuih tradisional bagi meningkatkan pendapatan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Reka bentuk; Gastronomi; Melayu; Tradisional; Makanan
Journal:Asian Journal of Environment, History and Heritage
ID Code:25027
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Apr 2025 04:27
Last Modified:07 Apr 2025 10:09

Repository Staff Only: item control page