Siti Syahirah Saffinee, and Wan Nazri Che Mat Safiee, (2024) Kearifan tempatan dalam pelancongan gastronomi halal sebagai model pemeliharaan alam sekitar di dunia Melayu. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1 (SI)). pp. 93-106. ISSN 2590-4310
![]() |
PDF
699kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Pelancongan gastronomi halal kini berkembang pesat sebagai salah satu sektor penting dalam industri pelancongan di dunia Melayu, dengan potensi besar untuk menyokong kelestarian alam sekitar. Kajian ini menumpukan kepada kearifan tempatan dalam budaya masyarakat Melayu dan bagaimana elemen-elemen ini dapat diterapkan sebagai model pemeliharaan alam sekitar dalam konteks pelancongan gastronomi halal. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini, dengan kaedah etnografi dan temu bual untuk menganalisis adat resam, amalan pertanian tradisional, dan penyediaan makanan yang seiring dengan prinsip kelestarian. Etnografi dijalankan di tiga kawasan utama di Negeri Kedah yang terkenal dengan budaya gastronomi tempatan, di mana penyelidik terlibat dalam pemerhatian berstruktur di perkampungan budaya dan restoran makanan tradisional. Selain itu, temu bual dilakukan dengan 4 pemilik perkampungan budaya dan restoran makanan budaya, menggunakan teknik temu bual separa berstruktur untuk mendapatkan pandangan mendalam mengenai amalan tempatan yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. Hasil kajian mendapati bahawa kearifan tempatan bukan sahaja memperkaya pengalaman pelancongan, tetapi juga menyumbang kepada pemeliharaan ekologi setempat. Amalan seperti penggunaan bahan-bahan tempatan, teknik pertanian organik, dan pengurusan sisa makanan yang efisien berpotensi dijadikan contoh untuk sektor pelancongan lain. Kajian ini mencadangkan integrasi kearifan tempatan dalam pelancongan gastronomi halal sebagai strategi mampan untuk pembangunan lestari di kawasan Melayu. Langkah ini bukan sahaja memperkukuhkan daya tarikan pelancongan serantau, tetapi juga meningkatkan kesedaran global mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar. Dengan itu, pelancongan gastronomi halal berupaya menjadi pemangkin untuk menghubungkan nilai budaya, kelestarian, dan ekonomi dalam satu rangka kerja yang harmoni.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kearifan tempatan; Pelancongan gastronomi halal; Pemeliharaan alam sekitar; Kelestarian; Dunia Melayu |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 25029 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Apr 2025 04:27 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 04:27 |
Repository Staff Only: item control page