Nurul Aida Hamidon, and Nor Mazlina Mohamad Amin, and Nur Hidayah Azlan, (2024) Faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap pembelian ketupat palas sejuk beku. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 8 (1 (SI)). pp. 107-118. ISSN 2590-4310
![]() |
PDF
348kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Abstract
Dalam konteks kajian ini, ketupat palas dipilih bagi mewakili makanan warisan Melayu. Ketupat palas ialah sejenis makanan tradisional Malaysia yang diwarisi berzaman lamanya. Namanya berasal daripada daun pokok palas yang digunakan untuk membungkus ketupat dalam bentuk segitiga. Proses penyediaan yang rumit daripada penyediaan daun, menganyam dan pembuatannya memerlukan perhatian dan kemahiran yang khusus untuk menghasilkannya. Oleh itu, inovasi produk sangat membantu dalam mengekalkan warisan budaya sambil memenuhi keperluan dan citarasa pelanggan. Kajian ini memfokuskan faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pelanggan terhadap makanan tradisional, iaitu ketupat palas yang berkonsepkan sejuk beku. Kajian ini membincangkan hubungan antara tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu kualiti makanan, harga dan inovasi produk terhadap kesetiaan pelanggan. Kajian ini penting bagi mengukur permintaan terhadap makanan tradisional yang telah diinovasikan boleh diterima atau tidak oleh masyarakat. Pensampelan bertujuan dijalankan kepada 110 individu terpilih berdasarkan kriteria seperti telah membeli dan merasai produk makanan sejuk beku ketupat palas dalam tempoh 6 bulan lalu. Data diproses dan dianalisis menggunakan Perisian SPSS Versi 29. Dapatan data menunjukkan tiga faktor tersebut iaitu kualiti makanan, harga dan inovasi produk mempunyai hubungan yang signifikan positif terhadap kesetiaan pelanggan. Oleh itu, bagi mengekalkan warisan makanan tradisional, pengusaha makanan sejuk beku perlu memastikan produk mereka berkualiti setanding dengan versi autentik, mempunyai harga yang kompetitif, dan sentiasa berinovasi bagi memastikan produk mereka bukan sahaja kekal relevan dan menarik, malahan juga memenuhi jangkaan pelanggan dalam jangka masa yang panjang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Warisan Melayu; Ketupat palas; Keaslian makanan Melayu; Pengekalan pelanggan; Inovasi makanan |
Journal: | Asian Journal of Environment, History and Heritage |
ID Code: | 25032 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 07 Apr 2025 04:27 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 04:27 |
Repository Staff Only: item control page