Mohamed Zain Sulaiman, and Intan Safinaz Zainudin, and Haslina Haroon, (2024) Pemprofesionalan amalan terjemahan dan kejurubahasaan di Malaysia: satu tinjauan awal. GEMA: Online Journal of Language Studies, 24 (4). pp. 387-409. ISSN 1675-8021
![]() |
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1775
Abstract
Amalan terjemahan dan kejurubahasaan (T&K) sudah lama bertapak di Malaysia dan semakin rancak berkembang, namun ia masih dilaksanakan tanpa sebarang kerangka profesional yang dapat memelihara integriti, status dan mutu perkhidmatan T&K. Selaras dengan usaha pemprofesionalan T&K yang giat dilaksanakan di serata dunia terutamanya di negara maju, Malaysia perlu mengambil langkah yang sama. Untuk menggerakkan usaha pemprofesionalan amalan terjemahan di Malaysia, kajian ini melakukan satu tinjauan awal terhadap landskap semasa amalan T&K di Malaysia dan contoh model pemprofesionalan T&K di negara maju. Landskap semasa amalan T&K di Malaysia dikaji menggunakan kaedah kajian dokumen, perbincangan meja bulat dan tinjauan soal selidik terhadap pengamal terjemahan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang organisasi penterjemah dan jurubahasa, penyedia program pendidikan dan latihan T&K, dan pengamal T&K serta pandangan mereka tentang usaha pemprofesionalan. Sementara itu, model pemprofesionalan negara maju yang dipilih untuk kajian ini ialah model yang diguna pakai di United Kingdom dan Australia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa landskap semasa industri T&K di Malaysia sudah bersedia untuk memulakan proses pemprofesionalan. Namun demikian, proses tersebut memerlukan satu pendekatan tersendiri yang berbeza dengan profesion lain. Proses tersebut perlu bersifat sukarela kecuali untuk sektor terjemahan tertentu, dan perlu mengambil kira peranan pengamal bukan profesional dalam masyarakat. Proses tersebut juga perlu diterajui oleh sebuah badan yang tidak mempunyai sebarang percanggahan kepentingan. Selain itu, satu kod etika profesional dan daftar pengamal profesional dengan akses terbuka perlu diwujudkan. Akhir sekali, untuk memastikan kelancaran proses pemprofesionalan tersebut, satu kempen kesedaran tentang profesion T&K perlu dilancarkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amalan terjemahan; Amalan kejurubahasaan; Pemprofesionalan; Penterjemah profesional; Jurubahasa profesional |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 25034 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 07 Apr 2025 04:26 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 04:26 |
Repository Staff Only: item control page