Penerimagunaan teknologi pemasaran digital: kajian kes usahawan batik PKS Terengganu

Rozita Halina Rosli, and Noor Hasni Juhdi, (2024) Penerimagunaan teknologi pemasaran digital: kajian kes usahawan batik PKS Terengganu. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 13 (2). pp. 150-165. ISSN 2289-2192

[img] PDF
298kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/

Abstract

Dunia sedang dilanda gelombang pemasaran digital. Usahawan perlu bersaing dan memanfaatkan teknologi digital dalam pemasaran untuk terus berjaya. Persoalannya, bagaimana usahawan batik PKS, yang menghasilkan produk warisan ini memanfaatkan teknologi digital dalam memasarkan produk mereka.Tujuan kajian dijalankan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi penerimagunaan saluran pemasaran digital dalam kalangan usahawan batik PKS, Malaysia. Tinjauan kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes, temubual melibatkan enam orang pengusaha batik bertaraf perusahaan kecil dan sederhana di Terengganu. Kajian ini dianalisis menggunakan model kaedah induktif miles, huberman dan saldana yang melibatkan beberapa langkah pengekodan dengan mencari tema dan polanya. Hasil kajian mendapati penerimagunaan teknologi pemasaran digital tertumpu kepada saluran media sosial diikuti pemasaran mobil, pasar e-dagang, laman web, dan yang terakhir pengoptimuman enjin gelintar. Manakala faktor halangan yang ditemui iaitu ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi digital, sumber kewangan, sumber perniagaan, ketidaktentuan persekitaran, posisi pasaran, pembangunan kandungan digital, dan pengurusan harta intelek. Hasil kajian memberikan sumbangan empirikal terkait penerimagunaan teknologi pemasaran digital dan halangannya agar dapat dijadikan garis panduan dalam menyokong pembangunan usahawan PKS di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Penerimagunaan; Teknologi pemasaran digital; Media sosial; Perusahaan kecil dan sederhana
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:25035
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Apr 2025 07:50
Last Modified:08 Apr 2025 04:15

Repository Staff Only: item control page