Sudut maksimum sumber cahaya untuk mobiliti bagi komunikasi cahaya nampak

Arba’iah Inn, and Rosilah Hassan, and Dina Fitria Murad, and Noraimi Safie, (2024) Sudut maksimum sumber cahaya untuk mobiliti bagi komunikasi cahaya nampak. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 13 (2). pp. 180-203. ISSN 2289-2192

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/

Abstract

Internet Segala (IoE) menjadikan sambungan kesemua peranti ini menjadi lebih relevan bagi semua peranti pintar. Hal ini telah menyebabkan penggunaan sumber spektrum Frekuensi Radio (RF) menjadi semakin tepu. Untuk mengatasi masalah ini, teknologi komunikasi tanpa wayar baru dicadangkan bagi memenuhi permintaan dan meningkatkan prestasi sistem serta mengatasi batasan lebar jalur yang sedia ada. Untuk komunikasi jarak dekat dan dalaman, penggunaan cahaya adalah salah satu teknik penting dalam sistem Komunikasi Cahaya Nampak (VLC). Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa Kesetiaan Cahaya (LiFi) berdasarkan kepada VLC dengan teknik pemodulatan Pemultipleksan Bahagian Frekuensi Ortogon (OFDM) merupakan salah satu teknologi yang dapat menjanjikan masa depan berdasarkan kepada komunikasi tanpa wayar optik (OWC). Oleh kerana kawasan liputan LiFi adalah kecil bergantung kepada Diod Pemancar Cahaya (LED), maka akan berlaku kekerapan pergerakan di antara satu pusat akses (PA) ke PA yang lain. Kajian yang dilakukan adalah menggunakan model kehilangan laluan bagi mendapatkan kuasa minimum penerima menggunakan model matematik, MATLAB R2021a. Kajian juga dijalankan untuk mendapatkan kawasan liputan maksimum bagi sesuatu PA dengan merujuk kepada Nisbah Isyarat Hingar (SNR), kadar data, dan kecekapan spektrum. Kuasa minimum penerima, merujuk kepada nilai minimum bagi dua kajian berasingan, iaitu isyarat Garis Nampak (LOS), SNR=633.4 dB dan isyarat Bukan Garis Nampak (NLOS), SNR=-194.5 dB. Dapatan daripada nilai SNR (LOS) digunakan untuk mendapatkan kebolehharapan penerima bagi membolehkan proses serahan lembut di antara dua PA. Hasil daripada kajian ini terbukti dapat membina satu PA boleh kawal yang dapat meluaskan kawasan liputan.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi Cahaya Nampak (VLC); Kesetiaan Cahaya (LiFi); LED; MATLAB
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:25037
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:07 Apr 2025 07:50
Last Modified:08 Apr 2025 04:24

Repository Staff Only: item control page