Pencirian interaksi antara labetalol hidroklorida dengan albumin serum manusia dan glikoprotein asid-α1

Khairul Azreena Bakar, and Ng, Yan Hong and Muhammad Firdaus Nazri, and Hanisah Fatini Muhamad, and Tharishini Subramaniam, and Roshalini Uithayakumar, and Aida Nabila Abdul Razar, and Shevin Rizal Feroz, (2025) Pencirian interaksi antara labetalol hidroklorida dengan albumin serum manusia dan glikoprotein asid-α1. Sains Malaysiana, 54 (1). pp. 33-47. ISSN 0126-6039

[img] PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num1_...

Abstract

Labetalol hidroklorida (LAH) adalah sejenis dadah antihipertensi perencat α-β yang digunakan dalam rawatan hipertensi jangka panjang. Keberkesanan dadah ini bergantung kepada pengikatannya dengan protein plasma yang mempengaruhi sifat farmakokinetiknya. Walau bagaimanapun, terdapat jurang penyelidikan dari segi profil pengikatan LAH dengan albumin serum manusia (HSA) dan glikoprotein asid-α1 (AAG), dua protein plasma manusia yang utama. Oleh itu, penyelidikan ini telah dijalankan untuk mencirikan interaksi antara LAH dengan HSA dan AAG menggunakan kaedah multispektroskopi, mikroskopi dan analisis struktur. Perubahan pada spektrum penyerapan UV protein menunjukkan berlakunya pembentukan kompleks protein–LAH. Analisis data spektroskopi pendarfluor menunjukkan bahawa interaksi protein–LAH mempunyai keafinan yang sederhana dan adalah berbalik. Namun, LAH didapati mempunyai afiniti pengikatan yang lebih tinggi dengan AAG berbanding HSA. Seterusnya, hasil analisis mikroskop daya atom menunjukkan perbezaan morfologi dan dimensi protein setelah mengikat dengan LAH. Berdasarkan analisis struktur LAH dan simulasi dok molekul, pembentukan kompleks LAH–protein melibatkan beberapa jenis ikatan intermolekul seperti ikatan hidrogen, daya hidrofobik dan pelbagai interaksi sistem-π. Hasil kajian sesaran dadah kompetitif merumuskan bahawa tapak II dan I HSA adalah tapak pengikatan primer dan sekunder bagi LAH, berpadanan dengan hasil analisis dok molekul. Maklumat daripada kajian ini boleh dimanfaatkan dalam penghasilan dadah terbitan LAH yang lebih cekap dan selamat.

Item Type:Article
Keywords:Albumin serum manusia; Glikoprotein asid-α1; Hipertensi; Interaksi dadah ₋ protein; Labetalol hidroklorida
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:25050
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:08 Apr 2025 04:18
Last Modified:08 Apr 2025 04:18

Repository Staff Only: item control page