Zaharah Muhammad, and Arba’iyah Mohd Noor, (2024) Peranan NGO Alam Sekitar (ENGO) dalam isu deforestasi di Endau-Rompin, 1970-2000. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (3). pp. 303-325. ISSN 2180-0251
![]() |
PDF
817kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Abstract
Hutan hujan tropika di Semenanjung Malaysia mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembangunan sosial, ekonomi dan ekologi secara setempat dan transnasional. Ketika zaman penjajahan, hutan di Semenanjung Malaysia telah dieksploitasi dengan giat hingga wujudnya idea konservasi bagi mengelak berlakunya kehabisan sumber hutan pada masa hadapan. British sendiri sebagai kuasa kolonial telah menubuhkan Jabatan Perhutanan dengan memperuntukkan kawasan-kawasan tertentu untuk dirizabkan sebagai hutan simpan. Namun, selepas kemerdekaan kawasan hutan masih kekal terancam hingga berlaku kemerosotan kawasan litupan hutan selain berlakunya kerosakan, fragmentasi dan degradasi hutan disebabkan oleh dasar kerajaan yang mengutamakan pembangunan ekonomi. Hal ini menimbulkan konflik antara pemegang taruh hutan terutamanya kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan alam sekitar (ENGO). Objektif makalah ini adalah untuk memaparkan tentang peranan ENGO dalam isu berkait deforestasi dan usaha melindungi hutan di Endau-Rompin antara tahun 1970 di mana permulaan kontroversi Endau-Rompin tercetus sehingga tertubuhnya Taman Negeri Endau-Rompin (Pahang) pada tahun 2000. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan sumber primer seperti Penyata Rasmi Parlimen, dan akhbar serta sumber sekunder seperti buku, laporan tahunan dan artikel jurnal selain melakukan kajian lapangan dengan mengikuti aktiviti anjuran beberapa buah ENGO yang berkaitan dengan hutan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara peranan ENGO yang paling kritikal dalam menangani isu deforestasi ialah untuk menghalang aktiviti yang merosakkan hutan terutamanya aktiviti yang sah yang melibatkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri. Penglibatan dan peranan ENGO hanya mampu melambatkan atau menangguhkan proses kehilangan kawasan litupan hutan buat sementara waktu sahaja. Hal ini terjadi kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas tanah (hutan) menurut Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat dipertikaikan dari sudut perundangan sehingga usaha menyelamatkan hutan hanyalah bergantung pada kemahuan politik (political will) sama ada Kerajaan Negeri ingin mendengar atau mengabaikan suara-suara yang dibangkitkan oleh ENGO dalam isu berkaitan deforestasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sejarah Alam Sekitar; ENGO; Environmentalisme; Endau-Rompin; Deforestasi |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 25052 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 08 Apr 2025 07:04 |
Last Modified: | 08 Apr 2025 09:18 |
Repository Staff Only: item control page