Suffian Mansor, and Azlizan Mat Enh, and Awang Azman Awang Pawi, (2024) Pembentukan Malaysia: reaksi dan harapan pemimpin dan rakyat Sarawak. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (3). pp. 326-343. ISSN 2180-0251
![]() |
PDF
568kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Abstract
Pembentukan Malaysia merupakan salah satu episod penting dalam memahami kronologi sejarah negara. Ini kerana peristiwa tersebut melambangkan kesatuan besar di Asia Tenggara dengan penggabungan antara Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Di sebalik cadangan pembentukan Malaysia, rancangan ini membawa pelbagai reaksi yang menentang dan menyokong dalam kalangan pemimpin dan rakyat Sarawak. Cadangan ini mengejutkan mereka kerana tujuan rancangan ini tidak jelas. Atas sebab itu cadangan pembentukan Malaysia ini mendapat reaksi negatif pada peringkat awal daripada pemimpin Sarawak. Tentangan daripada pemimpin Sarawak jelas terpampang di dada-dada akhbar di Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu. Pemimpin Tanah Melayu, Singapura dan British berusaha menyakinkan pemimpin dan rakyat Sarawak mengenai kebaikan rancangan penubuhan Malaysia. Hal ini membawa kepada kelegaan sebahagian besar pemimpin Sarawak yang mahukan kemerdekaan seiringan dengan pembangunan untuk Sarawak. Berdasarkan hal ini artikel ini cuba merungkaikan sebab musabab reaksi negatif bertukar positif dalam kalangan sebahagian besar pemimpin Sarawak. Kaedah kajian yang digunakan adalah kualitatif secara deskriptif meneliti kajian kandungan dengan menggunakan bahan primer dari dokumen arkib. Surat khabar juga digunakan dalam menghasilkan analisis artikel ini. Sumber-sumber primer ini juga disulam dengan sumber-sumber sekunder yang akan dapat memberi satu analisis baik untuk menjawab persoalan dalam perbincangan artikel ini. Dalam hal ini beberapa buah buku berkaitan dengan sejarah pembentukan Malaysia digunakan. Akhirnya dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa adanya jaminan untuk Sarawak merdeka dalam Malaysia sepertimana yang telah disepakati oleh pemimpin dan rakyat Sarawak.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sarawak; Temenggung Jugah; Tunku Abdul Rahman; Perikatan Sarawak; Komunis |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 25053 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 08 Apr 2025 07:04 |
Last Modified: | 08 Apr 2025 09:19 |
Repository Staff Only: item control page