Nurul Atikah Tajul Ariffin, and Muzzneena Ahmad Mustapha, and Tukimat Lihan, and Nur Fatin Khodri, and Taherah Mohd Taher, and Nur Izzati Abdullah, and Shukor Md Nor, (2025) Kesesuaian habitat Tapir Malaya (Tapirus indicus) di kawasan hutan terfragmentasi di Kompleks Hutan Taman Negara. Sains Malaysiana, 54 (1). pp. 49-57. ISSN 0126-6039
![]() |
PDF
3MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num1_...
Abstract
Tapir Malaya merupakan spesies endemik negara Asia dan populasi terbesar tapir Malaya adalah di Semenanjung Malaysia dengan rekod kurang daripada 1500 individu. Populasi tapir Malaya yang kian menyusut menyebabkan spesies ini disenaraikan sebagai spesies terancam sejak 2008 di dalam Senarai Merah IUCN. Kehilangan habitat serta kemalangan jalan raya menjadi punca utama penyusutan populasi spesies ini di Semenanjung Malaysia. Melalui kaedah pemodelan entropi maksimum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti taburan habitat serta ciri habitat yang sesuai bagi tapir Malaya khususnya di kawasan hutan yang terfragmentasi di Kompleks Hutan Taman Negara. Sebanyak 582 rekod kehadiran tapir Malaya dan lima parameter sekitaran iaitu ketinggian, kecerunan, jarak dari perbandaran, jarak dari badan air dan jenis guna tanah digunakan untuk pemodelan. Faktor jenis guna tanah, ketinggian dan kecerunan paling banyak menyumbang kepada model iaitu sebanyak 34.3%, 31.6% dan 17.4%. Faktor jarak dari perbandaran menyumbang sebanyak 9.7% dan faktor jarak dari badan air menyumbang sebanyak 7.0%. Hasil model menunjukkan kawasan hutan yang berdekatan dengan sumber air dengan ketinggian tidak lebih dari 1000 m dan kecerunan kurang dari 30° merupakan habitat yang sesuai bagi tapir di kawasan ini. Ramalan model mendapati kebarangkalian kehadiran tapir adalah tinggi di kawasan perbandaran dan hortikultur. Keputusan kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan untuk usaha pemuliharaan akan datang di kawasan kajian dan juga kawasan seumpamanya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Entropi maksimum; Fragmentasi habitat; Kesesuaian habitat; Taman Negara; Tapir Malaya |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 25054 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 08 Apr 2025 04:41 |
Last Modified: | 08 Apr 2025 04:41 |
Repository Staff Only: item control page