Pembentukan tanah baki di Malaysia melalui faktor kawalan fizikal batuan induk

Azlan Shah Nerwan Shah, and Nor Shahidah Mohd Nazer, (2025) Pembentukan tanah baki di Malaysia melalui faktor kawalan fizikal batuan induk. Sains Malaysiana, 54 (1). pp. 59-75. ISSN 0126-6039

[img] PDF
2MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num1_...

Abstract

Batuan induk utama – igneus, sedimen dan metamorf menghasilkan variasi tanah baki in situ yang berbeza di Malaysia. Kajian ini membangunkan nilai fizikal terkini ke atas 38 sampel tanah baki berbeza batuan induk di seluruh Malaysia dengan pengkhususan diberikan ke atas nilai taburan saiz butiran (PSD), had Atterberg melalui penentuan had plastik (PL), had cecair (LL) dan indeks keplastikan (PI), graviti tentu (Gs ), indeks tekstur luluhawa (Iw) dan cirian morfologi mikro mineral lempung. Hasil kajian mendapati terdapat variasi unjuran PSD dan darjah ketekalan tanah mengikut jenis tanah baki. Tanah baki igneus mempunyai kandungan pasir (Pr ) kasar dan kerikil (Kl ) yang tinggi dengan julat nilai 83.5%- 93.31%. Peratusan lodak (Lk ) dan lempung (Lg ) adalah rendah ke sederhana, berjulat 6.69%-16.5% serta nilai Gs berjulat sekitar 2.35-2.56. Darjah keplastikan tanah baki igneus adalah rendah–sederhana dengan nilai PL sekitar 27.7%-40.53%, nilai LL berjulat 40.0%-53.93% dan nilai PI sekitar 8.34%-14.56%. Tanah baki metamorf mempunyai peratus butiran kasar yang tinggi dengan julat peratusan Pr + Kl antara 75.5%-95% dan peratus Lk + Lg yang rendah–sederhana berjulat antara 5%-24.5%. Julat Gs adalah antara 2.52-2.71. Nilai PL dan LL masing-masing berjulat antara 19.21%-36.48% dan 29.55%-61.83% dengan nilai PI sekitar 3.60%-25.35%. Tanah baki igneus dan metamorf memperlihatkan nilai Iw yang rendah berbanding tanah baki sedimen dengan kehadiran mineral lempung stabil seperti kaolinit dan haloisit serta peratus butiran kohesif yang rendah. Sampel tanah baki sedimen mempunyai peratus butiran kasar yang lebih rendah dengan julat Pr + Kl antara 54.07%-88% dan peratusan butiran halus Lk + Lg yang tinggi dengan julat antara 12%-45.93%. Julat Gs adalah antara 2.40-2.70. Tanah baki sedimen juga mempunyai darjah keplastikan yang tinggi dengan julat nilai PL dan LL masing-masing antara 21.58%-40.71% dan 38.95%-88.42% serta nilai PI sekitar 7.24%-51.61%. Tanah ini ditandai dengan kehadiran mineral lempung mengembang seperti montmorilonit dan vermikulit.

Item Type:Article
Keywords:Mineral lempung; Sifat fizikal; Taburan saiz butiran; Tanah baki
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:25055
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:08 Apr 2025 04:50
Last Modified:08 Apr 2025 04:50

Repository Staff Only: item control page