Nur Syahirah Alias, and Mohd Basril Iswadi Basori, and Nasirudin Yusoff, (2025) Geokimia pegmatit di Gunung Jerai dan Bukit Mor, Semenanjung Malaysia: implikasi terhadap pengelasan pegmatit dan potensi pemineralan. Sains Malaysiana, 54 (1). pp. 77-92. ISSN 0126-6039
![]() |
PDF
3MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num1_...
Abstract
Pegmatit di sekitar Gunung Jerai, Kedah dan Bukit Mor, Johor, Semenanjung Malaysia merupakan dua kawasan utama yang telah diteroka dan dilombong bagi mendapatkan timah (Sn). Namun, kajian pengelasan pegmatit dan potensi sumber logam nadir dalam pegmatit di Semenanjung Malaysia masih terhad dan belum pernah diterbitkan. Penyelidikan ini mengkaji pengelasan pegmatit dan potensi pemineralan logam nadir di dalam pegmatit Jerai dan Bukit Mor berdasarkan pencirian geokimia. Analisis geokimia menggunakan peralatan Spektrometri Pancaran Plasma Gandingan Aruhan (ICP-ES) dan Spektrometri Jisim Plasma Gandingan Aruhan (ICP-MS) dijalankan untuk menentukan kandungan unsur major, surih dan nadir bumi (REE) di dalam pegmatit. Hasil analisis geokimia menunjukkan kandungan yang tinggi bagi SiO2 , Al2 O3 dan K2 O+Na2 O di dalam pegmatit di kedua-dua kawasan kajian dengan memperlihatkan komposisi granit iaitu berasal daripada protolit granit. Nilai indeks ketepuan aluminium (ASI) mengelaskan jenis magma yang membentuk pegmatit sebagai peralumina, manakala plot SiO2 melawan CaO+Na2 O+K2 O menunjukkan asalan magma bagi pembentukan pegmatit adalah granitoid jenis-S yang mengalami tahap fraksinasi tinggi. Seterusnya, pegmatit Jerai dan Bukit Mor boleh dikelaskan sebagai kumpulan LCT kerana dicirikan oleh kepekatan rendah Ca, Mg, Fe, Sr, Ba dan REE. Bagi potensi pemineralan, pegmatit Jerai dan Bukit Mor menunjukkan pengayaan bagi unsur logam nadir Rb, Li, Cs, Ga, Ta dan Sn dengan kelimpahan REE yang rendah hingga sederhana.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bukit Mor; Geokimia; Gunung Jerai; Pegmatite; Pemineralan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 25056 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 08 Apr 2025 04:58 |
Last Modified: | 08 Apr 2025 04:58 |
Repository Staff Only: item control page