Analisis kinetik bagi segmen bahagian pinggiran atas badan semasa melakukan aktiviti kehidupan harian

Hasyatun Che-Nan, and Azmin Sham Rambely, (2025) Analisis kinetik bagi segmen bahagian pinggiran atas badan semasa melakukan aktiviti kehidupan harian. Sains Malaysiana, 54 (1). pp. 93-108. ISSN 0126-6039

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num1_...

Abstract

Pembangunan model biomekanik untuk mendapatkan nilai kilasan dapat membantu mencegah kecederaan daripada berlaku. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model biomekanik bahagian atas badan yang merangkumi lengan atas, lengan bawah dan tangan untuk mendapatkan nilai kilasan sendi bahu, siku dan pergelangan tangan semasa melakukan aktiviti menyentuh bahu kontra lateral, mencapai suis dan menyikat rambut. Seterusnya, model biomekanik ini disahkan melalui perbezaan antara nilai sudut uji kaji dengan nilai sudut anggaran menggunakan kaedah berangka, Runge-Kutta peringkat kelima. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis dan membandingkan nilai kilasan semasa melakukan tiga aktiviti kehidupan harian. Kajian ini melibatkan 20 orang subjek normal dalam lingkungan umur 24-56 tahun dengan purata berat badan 72.9±16.5 kg. Aktiviti pergerakan dirakam menggunakan Vicon Nexus 1.8.1 (Oxford Metrics Ltd., Oxford, England) dengan kadar frekuensi 100 Hz. Melalui rakaman ini, data kinematik seperti tempoh masa pergerakan, sudut, halaju dan pecutan sudut sendi diperoleh. Nilai kilasan sendi diramal berdasarkan model anggota bahagian atas badan dengan menggantikan data kinematik ke dalam persamaan dinamik songsang yang diterbitkan menggunakan kaedah Kane. Pengesahan pemodelan menggunakan kaedah Runge-Kutta peringkat kelima Butcher bagi memperoleh semula nilai sudut anggaran menggunakan nilai kilasan yang telah dianggarkan. Peratusan ralat relatif telah dihitung dan didapati ia tidak terlalu besar dengan nilai 0.038% bagi nilai sudut bahu dan 0.019% bagi nilai sudut siku. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa data sudut uji kaji dan data sudut anggaran adalah sepadan. Seterusnya, nilai kilasan dianalisis menggunakan analisis varian satu hala (ANOVA). Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada semua parameter kinetik bagi ketiga-tiga aktiviti yang dikaji. Oleh itu, kajian kinetik ini membantu memperoleh pemahaman tentang biomekanik pergerakan menerusi nilai kilasan, yang seterusnya menyumbang kepada kemajuan dalam teknik pemulihan dan reka bentuk ergonomik.

Item Type:Article
Keywords:Analisis kinetik; Anggota badan bahagian atas; Kilasan; Mencapai suis; Menyentuh bahu kontra lateral; Menyikat rambut
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:25057
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:08 Apr 2025 06:37
Last Modified:08 Apr 2025 06:37

Repository Staff Only: item control page