Puteri Nor Ain Amira Mazlan, and Rozida Mohd Khalid, and Noor Afizah Rosli, and Anisah Jamaluddin, and Mazni Musa, and Ola, Antonius R B and Suria Ramli, (2025) Pewarna kuku semula jadi berasaskan ekstrak Hylocereus polyrhizus dan Curcuma longa. Sains Malaysiana, 54 (1). pp. 109-120. ISSN 0126-6039
![]() |
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num1_...
Abstract
Pewarna kuku adalah salah satu produk kosmetik khususnya buat para wanita bagi tujuan kecantikan yang seterusnya mampu meningkatkan penampilan diri seseorang. Namun, pewarna kuku akrilik yang tidak telap air menjadi isu buat wanita Muslim yang ingin mengambil wuduk khususnya. Oleh itu, dalam kajian ini pewarna kuku semula jadi daripada ekstrak buah naga (Hylocereus polyrhizus) dan kunyit (Curcuma longa) dijadikan salah satu sumber selain mempelbagaikan variasi warna pewarna kuku. Penyelidikan ini melibatkan kaedah pengekstrakan air untuk pigmen buah naga dan pengekstrakan etanol untuk pigmen kunyit. Molekul pigmen dalam ekstrak dikesan melalui analisis spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR) dan kandungan pigmen yang diekstrak ditentukan melalui spektroskopi ultra lembayung-boleh nampak (UVVis). Seterusnya, pigmen buah naga dan kunyit divarisakan dalam pelbagai formulasi pewarna kuku. Formulasi pewarna kuku diuji dengan membangunkan skala kelabu bagi melihat kesan pewarna pada kuku manusia dan kebolehtelapan air. Analisis FTIR membuktikan kehadiran pigmen buah naga dan kunyit masing-masing pada 3334 dan 3310 cm-1 yang merujuk kepada regangan -OH pigmen betasianin. Hasil pengekstrakan pigmen buah naga adalah sebanyak 20.08% manakala pigmen kunyit pula sebanyak 12.34%. Hasil kajian menunjukkan pewarna kuku berasaskan ekstrak buah naga memberikan warna ungu kemerahan manakala ekstrak kunyit warna kuning terang pada kuku manusia. Dalam ujian ketelapan air, pewarna kuku daripada ekstrak buah naga mempunyai kebolehtelapan air yang lebih baik dengan peratus resapan air sebanyak 94.79%, berbanding dengan ekstrak kunyit iaitu sebanyak 67.58%. Namun, pewarna kuku berasaskan buah naga kurang sekata dan kurang menyerap pada kuku berbanding pewarna kuku berasaskan ekstrak kunyit. Oleh itu, penyelidikan akan datang diharapkan dapat memperbaiki kaedah pengekstrakan dan formulasi untuk menghasilkan sifat pewarna kuku semula jadi yang lebih baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Buah naga; Kunyit; Pewarna kuku semula jadi; Pigmen |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 25058 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 08 Apr 2025 06:46 |
Last Modified: | 14 Apr 2025 05:09 |
Repository Staff Only: item control page