Pemencilan dan pencirian populasiEimeria tenelladaripada ayam hutan tempatan

Norjoanna Johan, and Mohd. Sanusi Jangi, and Kiew, Lian Wan (2011) Pemencilan dan pencirian populasiEimeria tenelladaripada ayam hutan tempatan. Sains Malaysiana, 40 (6). pp. 605-611. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
348kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Eimeria tenella merupakan salah satu daripada tujuh spesies Eimeria yang menjangkiti ayam. Jangkitan parasit ini menyebabkan penyakit koksidiosis yang mendatangkan kerugian ekonomi yang besar kepada industri penternakan ayam. Adalah dipercayai parasit yang terdapat di dalam ayam domestik berasal daripada dan/atau mempunyai kaitan rapat dengan strain yang wujud di dalam ayam hutan. Oleh yang demikian, pencirian spesies Eimeria ini yang dipencil daripada ayam hutan tempatan akan memberi pengetahuan baru bagi meningkatkan pemahaman mengenai biologi parasit ini. Dalam kajian yang dilaporkan di sini, populasi parasit Eimeria AH1 telah dipencil daripada saluran usus ayam hutan tempatan. Berasaskan kepada pasaj bersiri didapati penghasilan oosista populasi AH1 tersebut dalam ayam domestik bergantung kepada umur oosista dan dos jangkitan. Pencirian morfologi pula menunjukkan oosista populasi AH1 berbentuk ovoid dan kebanyakan oosista tersebut mempunyai granul kutub. Nilai dimensi purata bagi oosista populasi AH1 ialah 22.51 (± 0.17) × 17.30 (± 0.14) μm. Saiz oosista populasi AH1 didapati berbeza secara signifikan (p < 0.05) berbanding dengan saiz oosista strain rujukan, E. tenella strain Houghton. Amplifikasi tindak balas berantai polimerase multipleks populasi AH1 menghasilkan jalur bersaiz ~540 pb yang berkolerasi dengan saiz produk yang spesifik untuk E. tenella. Hasil kajian kami ini mengesahkan bahawa populasi Eimeria AH1 yang dipencilkan daripada ayam hutan tempatan, terdiri daripada parasit E. tenella.

Item Type:Article
Keywords:Ayam hutan; Eimeria tenella; koksidiosis; parasit protozoa
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2506
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 07:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page