Nurul Atikah Ahmad, and Shahrul Hisham Zainal Ariffin, and Rohaya Megat Abdul Wahab, and Muhamad Abdul Razak, and Sahidan Senafi, (2011) Kesan ß-gliserofosfat terhadap ampaian sel mononukleus daripada darah periferi manusia. Sains Malaysiana, 40 (6). pp. 613-621. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/
Abstract
Sel osteoblas merupakan sel mononukleus yang bertanggungjawab untuk pembentukan tulang. Sel mononukleus telah terbukti mampu membeza kepada sel osteoblas setelah diaruh oleh kombinasi asid askorbik dan ß-gliserofosfat sebagai faktor pembezaan. Tujuan kajian ini adalah bagi melihat kesan aruhan ß-gliserofosfat terhadap ampaian sel mononukleus daripada darah periferi manusia secara in vitro. Sel mononukleus dipencilkan daripada darah periferi manusia dengan menggunakan larutan Ficoll-Paque™ Plus melalui kaedah pengemparan kecerunan ketumpatan. Sel mononukleus kemudian dikultur selama 7 hari di dalam medium proliferasi sebelum diaruh dengan ß-gliserofosfat pada kepekatan 1 mM, 5 mM, 10 mM, 20 mM, dan 100 mM. Pada hari 0, 1, 3, 7, dan 14, penentuan profil aktiviti enzim alkalin fosfatase (ALP) dan analisis morfologi bagi sel osteoblas dilakukan dalam medium masing-masing. Aktiviti enzim ALP dan analisis morfologi menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.05) antara sel yang diaruh dengan sel kawalan negatif melalui statistik ujian-t berpasangan. Kesimpulannya, kehadiran ß-gliserofosfat sahaja mampu untuk mengaruh pembezaan sel mononukleus kepada sel osteoblas. Kesan ß-gliserofosfat terhadap pembezaan sel mononukleus kepada sel osteoblas menunjukkan profil enzimologi (aktiviti enzim ALP) dan morfologi yang hampir sama dengan kawalan positif (asid askorbik dan ß-gliserofosfat). Berdasarkan kepada analisis enzimologi dan morfologi 1 mM ß-gliserofosfat adalah kepekatan yang paling sesuai untuk pembezaan sel osteoblas secara in vitro.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ß-gliserofosfat; ampaian sel mononukleus |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 2507 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 03 Aug 2011 07:16 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:31 |
Repository Staff Only: item control page