Anita Junaidi, and Wan Noorlizawati Wan Mat Ali, (2024) Peranan wanita dalam membangunkan pendidikan perempuan di Sarawak, 1880-1963. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (4). pp. 400-422. ISSN 2180-0251
![]() |
PDF
586kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Abstract
Kemunculan pendidikan formal di Sarawak bermula dengan kedatangan orang barat khususnya pihak gereja Kristian. Pihak-pihak tersebut telah mendirikan banyak sekolah di seluruh Sarawak. Justeru itu, di dalam setiap penulisan berkaitan sejarah pendidikan di Sarawak, nama-nama orang barat sering dijulang sebagai hero yang membangunkan pendidikan masyarakat Sarawak. Manakala, nama orang tempatan khususnya wanita jarang diketengahkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti kedudukan dan peranan wanita di Sarawak dalam membangunkan pendidikan negeri khususnya pendidikan kaum perempuan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis dokumen ke atas sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati meskipun pendidikan di Sarawak semakin berkembang namun kedudukan wanita dalam pendidikan masih rendah. Ini memandangkan, kaum wanita masih ketinggalan dalam pendidikan berbanding kaum lelaki. Perkara tersebut dapat dilihat melalui perbandingan jumlah antara pelajar lelaki dan perempuan di Sarawak. Malahan, sehingga menjelang kemerdekaan negeri sekalipun kaum lelaki masih lagi mendominasi sektor pendidikan. Dalam pada itu, kajian ini juga membuktikan bahawa wanita tempatan juga turut menyumbang kepada perkembangan pendidikan negeri. Perkara ini dapat dilihat menerusi peranan dan usaha yang dimainkan oleh kaum wanita yang berpelajaran seperti Dayang Sa’adah (Sahada) binti Datu Patinggi Ghafur, Lily Eberwein Abdullah, Barbara Mendu Bay, Tra Zehnder, Ajibah Abol, Sharifah Rehanah Syed Razali dan Chi Mei Shi. Menyedari kepentingan pendidikan menyebabkan mereka berusaha untuk mengangkat martabat masyarakat menerusi pendidikan. Malahan, mereka sanggup menggunakan duit simpanan dan harta benda peribadi. Tindakan tersebut dilakukan dengan seikhlas hati demi memastikan masyarakat mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Wanita; Pendidikan; Peranan; Kedudukan; Sarawak |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 25072 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 09 Apr 2025 06:49 |
Last Modified: | 09 Apr 2025 06:49 |
Repository Staff Only: item control page